Skip to main content

Selebriti

Enggan Ulas Isu Rumah Tangga, Zizi Kirana Yakin Setiap Pasangan Ada Pasang Surut - "Saya Tak Cakap Bahagia Tapi..."

Zizi kirana rumah tangga

Penyanyi, Zizi Kirana memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi rumah tangga bersama suaminya, Yusuf Bahrin yang didakwa sedang bergolak.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata dia lebih selesa untuk tidak membuka hal peribadi kepada umum dan percaya setiap pasangan pasti melalui fasa turun naik dalam perkahwinan.

Advertisement

"Saya memang tak mahu beri sebarang penjelasan sebab tidak ingin orang ketahui mengenai rumah tangga saya. Saya tak cakap bahagia tetapi saya yakin setiap rumah tangga ada pasang surut. Apa yang penting ialah saya ingin menjaga privasi saya. Saya tidak ingin orang mengetahui kisah peribadi," katanya ketika ditemui Gempak.

Zizi berkata demikian ketika menghadiri Tayangan Perdana Filem Hayya 3: Gaza di Pavillion Bukit Jalil pada Jumaat.

Berkongsi tentang kejutan daripada Yusuf selepas kembali ke tanah air, Zizi berkata dia tidak menyangka akan menerima sambutan tersebut, namun dalam masa sama berseloroh bahawa kejutan sebenar ialah kepulangannya sendiri.

"Saya pun terkejut dengan kejutan itu. Kejutan itu adalah saya pulang ke Malaysia," ujarnya.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan menerusi program All Together Now Malaysia.

Spekulasi mengenai hubungan mereka mula timbul pada awal Julai lalu selepas pasangan itu dilihat tidak lagi saling mengikuti di media sosial.

Malah, beberapa perkongsian luahan emosi di Threads turut menimbulkan pelbagai andaian netizen yang percaya rumah tangga mereka sedang dilanda badai.

Bagaimanapun, Yusuf sebelum ini menafikan hubungan mereka bermasalah dan menegaskan dia sememangnya tidak pernah mengikuti akaun media sosial Zizi sejak awal perkahwinan lagi.



 

Must-Watch Video

Advertisement