Skip to main content

Berita

Fahmi Fadzil Sambut Baik KITA FM, Anggap Penyatu Semangat Kebangsaan

Fahmi Fadzil Sambut Baik KITA FM, Anggap Penyatu Semangat Kebangsaan

Sekilas

  • Datuk Seri Fahmi Fadzil memuji inisiatif KITA FM oleh Astro Audio sebagai usaha yang berjaya mencerminkan Malaysia yang majmuk dan bersatu.
  • KITA FM menggabungkan lima stesen radio utama Astro Audio untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan kandungan patriotik dan perpaduan.
  • Fahmi menegaskan radio kekal relevan sebagai medium komunikasi yang efektif untuk menyampaikan mesej perpaduan dan berharap inisiatif seperti ini diteruskan.
Advertisement

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyifatkan inisiatif KITA FM yang diterajui oleh Astro Audio sebagai satu usaha yang sangat baik dan wajar diteruskan kerana berjaya mencerminkan wajah sebenar Malaysia yang majmuk, harmoni dan bersatu.

Menurut Datuk Seri Fahmi, gabungan pelbagai stesen radio yang mewakili pelbagai bahasa dan segmen pendengar menerusi KITA FM merupakan contoh terbaik bagaimana media penyiaran dapat memainkan peranan dalam menyatukan rakyat.

Advertisement

"Saya melihat KITA FM sebagai satu inisiatif yang sangat baik dan wajar diteruskan. Ia melambangkan wajah Malaysia yang sebenar, di mana rakyat daripada pelbagai kaum, budaya dan latar belakang dapat bersama-sama berkongsi aspirasi serta semangat cintakan negara.

"Usaha yang dibawa oleh Astro Audio melalui gabungan ERA, SINAR, HITZ, MY FM dan RAAGA ini menunjukkan bagaimana industri penyiaran radio boleh memainkan peranan besar dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa radio kekal relevan sebagai medium komunikasi yang dekat dengan masyarakat dan mempunyai keupayaan untuk menyampaikan mesej perpaduan, patriotisme dan pembangunan negara secara berkesan.

Advertisement

Datuk Seri Fahmi berharap lebih banyak inisiatif seperti KITA FM dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh perpaduan nasional, menggalakkan interaksi antara masyarakat berbilang kaum dan menyemai rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini turut menyaksikan lima stesen radio utama Astro Audio iaitu ERA, SINAR, HITZ, MY FM dan RAAGA bersiaran secara langsung dari Dataran Putrajaya menerusi platform KITA FM, menampilkan kandungan yang meraikan semangat patriotisme dan perpaduan rakyat Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

Must Watch Video

Advertisement