Ringkasan AI
- Farahdhiya berkongsi hasrat lama untuk buka kafe atau restoran yang fokus pada masakan Melayu.
- Kafe tersebut akan menawarkan menu seperti nasi lemak, nasi ambeng, bubur berlauk, dan manisan tradisional.
- Menu istimewa hujung minggu termasuk laksa Johor dan lontong sebagai tarikan tambahan.
- Farahdhiya mempertimbangkan lokasi kafe di kawasan Ampang.
- Netizen memberi reaksi positif dan mencadangkan beberapa lokasi strategik untuk kafe tersebut.
Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian warganet apabila berkongsi hasrat lamanya untuk membuka sebuah kafe atau restoran yang mengetengahkan masakan Melayu.
Menerusi perkongsian di Threads, Farahdhiya mendedahkan bahawa dia sudah lama menyimpan impian tersebut dan turut mempunyai konsep yang jelas untuk kafe idamannya.
Menurutnya, kafe itu akan mengetengahkan pelbagai menu tempatan yang dekat di hati masyarakat.
"Dah lama teringin nak bukak kafe kecil atau restoran makanan Melayu.
"Konsep dah ada lama, makanan utama ialah nasi lemak dengan pelbagai lauk, nasi ambeng dengan sambal goreng Jawa, bubur berlauk dan beberapa manisan," tulisnya.
Dalam masa sama, Farahdhiya turut berkongsi bahawa kafe berkenaan akan menampilkan menu istimewa pada hujung minggu sebagai tarikan tambahan kepada pelanggan.
"Kemudian, pada hujung minggu istimewa sikit. Kita ada laksa Johor dan lontong. Rasa-rasa dekat area mana saya patut bukak. Saya fikirkan di kawasan Ampang," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan teruja dengan idea itu, malah ramai yang menyokong agar impian Farahdhiya menjadi kenyataan.
Ada juga yang mencadangkan beberapa lokasi strategik untuk dijadikan tapak kafenya.

Sumber: Threads

Bibir On Point Setiap Masa!
Bibir menawan, keyakinan berganda – klik untuk memiliki Syedewa Matte Lip Lacquer sekarang!
Beli Sini