Skip to main content

Selebriti

Farahdhiya Lega Vape Bakal Diharamkan, Tegur Sikap Pengguna Tak Peka Orang Sekeliling - "Tolonglah Ada Sifat..."

Farahdhiya

Sekilas

  • Pelakon dan penyanyi Farahdhiya gembira dengan pengumuman larangan rokok elektronik atau vape yang dijangka bermula tahun hadapan.
  • Farahdhiya menegur penghisap vape yang tidak menghormati kawasan larangan dan orang sekeliling yang mungkin alergik atau tidak tahan asap vape.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia merancang untuk melaksanakan larangan penuh penggunaan vape selewat-lewatnya pada tahun 2026.

Pelakon dan penyanyi,  Farahdhiya meluahkan rasa gembira selepas mengetahui rokok elektronik atau vape bakal diharamkan bermula tahun hadapan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Farahdhiya berkata masih ramai penghisap vape yang berani menghisap di kawasan larangan hanya kerana vape tidak berbau seperti rokok.

"Saya orang paling gembira sekali apabila dengar vape akan diharamkan tahun hadapan.

"Hanya sebab vape tidak busuk seperti rokok, kebanyakan orang selamba sahaja hisap vape secara sembunyi walaupun di tempat yang dilarang," tulisnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pujangga itu meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang menggunakan rokok elektronik itu tidak peka dengan orang sekeliling yang mungkin tidak boleh menghidu asap vape.

"Sangat kurang ajar terutama apabila awak buat depan orang ramai. Ada sahaja yang tidak boleh kena asap atau alergik, tolong la ada otak sikit dan belajar hormat orang lain.

"Sama juga seperti rokok, kalau nak sakit, itu masalah awak. Tolonglah ada sifat simpati sedikit," ujarnya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan larangan penuh pengunaan rokok elektronik atau vape di seluruh negara selewat-lewatnya pada 2026.

Pelaksanaan larangan tesebut dijangka bakal bermula pada sekitar pertengahan 2026 atau selewat-lewatnya hujung tahun berkenaan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement