Skip to main content

Selebriti

Fazura Perjelas Hadir Ke ‘Culture Day’ Fatima Bersama Fattah Amin - “Demi Kebahagiaan & Keharmoniaan Anak…”

Fazura Perjelas Hadir Ke ‘Culture Day’ Fatima Bersama Fattah Amin - “Demi Kebahagiaan & Keharmoniaan Anak…”

Sekilas

  • Nur Fazura jelaskan kehadirannya bersama bekas suami, Fattah Amin, di majlis sambutan hari kebudayaan anak mereka sebagai usaha ‘co-parenting’ demi kebahagiaan dan keharmonian Fatima.
  • Fazura muat naik momen tersebut di akaun peribadi Fatima atas permintaan anaknya untuk mempunyai gambar lengkap bersama ibu dan ayah, bukan di akaun peribadinya bagi menjaga ketenangan semua pihak.
  • Mereka berdua sudah reda dengan perpisahan dan kini fokus membina kehidupan baru serta memberi keutamaan kepada Fatima selepas bercerai pada Oktober 2024.
Advertisement

Pelakon, Nur Fazura tampil menjelaskan isu kehadirannya bersama bekas suami, aktor Fattah Amin di majlis sambutan hari kebudayaan anaknya, Nur Fatima Aisya yang menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian siaran langsung di Tiktok, Fazura berkata bahawa kehadiran mereka ke majlis tersebut bagi menjalankan tanggungjawab dalam ‘co-parenting’ serta demi menjaga kebahagiaan Fatima.

Advertisement

“Saya ingin jelaskan pada semua. Alhamdulillah kami berdua dapat hadir bersama-sama ke ‘Cultural Day’ Fatima. Niat saya hanya kerana Allah dan demi kebahagiaan serta keharmoniaan anak saya. 

“Saya pasti niat saya dan Fattah juga adalah untuk bersama-sama dalam ‘co-parenting’. Kami hadir bagi memberi sokongan dan menjaga keharmonian mental serta emosi anak kami,”katanya.

Dalam masa sama, Fazura turut berkata bahawa tujuannya memuat naik momen tersebut di akaun peribadi Fatima dan bukanlah pada akaun peribadinya adalah demi ketenangan banyak pihak.

Malah, perkara tersebut merupakan permintaan khas daripada Fatima kerana dia ingin mempunyai gambar bersama ibu dan ayahnya.

“Yang kedua, saya nak jelaskan juga, mungkin dari pemerhatian ramai, banyak kes penceraian berlaku di Malaysia dan ibu bapa yang ‘co-parenting’ akan hadir ke majlis anak mereka lalu akan muat naik di akaun peribadi mereka. 

“Itu tidak salah. Ia normal untuk pasangan bercerai. Namun, bagi saya, saya rakam Fatimah kerana dia yang mahukan gambar lengkap bersama mummy dan daddynya.

“Daripada saya kongsi di akaun personal seperti mana pasangan bercerai buat untuk meraikan anak mereka. Apa yang saya buat ialah saya muat naik momen tersebut di akaun Fatimah yang saya kendali untuk tujuan kenangan bagi Fatima. Ia juga adalah bagi menjaga keharmonian semua,”ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Pisau Cukur itu turut reda dengan perpisahannya bersama Fattah. Malah, mereka berdua telah pun membina kehidupan baharu dengan hala tuju masing - masing tanpa membelakangkan Fatima.

“Alhamdulillah semua harmoni. ‘Past is past’. Jodoh kami sampai di situ sahaja. Kami berdua dah ada hidup masing-masing. Fattah dah ada keluarga baru. Manakala saya, fokus pada mencari rezeki dan membesarkan Fatima. Tiada niat yang tak elok. Fokus dan keutamaan saya dan Fattah ketika ini hanyalah pada Fatima,”kongsinya.

Terdahulu, menerusi hantaran Instagram, Fatima memuat naik gambar bersama kedua-dua ibu bapanya ketika menyambut hari kebudayaan di sekolah

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah mencetuskan dakwaan serta kecaman terhadap Fazura dan Fattah.

Sekadar info, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya.

Anda mungkin berminat dengan

SSFH Pure Cotton Printed Peplum Style Short Kurti

SSFH Pure Cotton Printed Peplum Style Short Kurti

Unisex Selipar Yeezy Slide Kanye Men's and Women's Casual Slippers Indoor Slipar Selipar Sandal Shoe Kasut男女款椰子拖鞋

Unisex Selipar Yeezy Slide Kanye Men's and Women's Casual Slippers Indoor Slipar Selipar Sandal Shoe Kasut男女款椰子拖鞋

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

Must Watch Video

Advertisement