Sekilas
- Ameen Mustajab menang trofi Kesan Khas Visual Terbaik untuk filem Malam Terlarang di FFM35.
- Filem seram terbitan Astro Shaw ini diarahkan oleh Allahyarham Nurhanisham Muhammad atau Labu.
- FFM35 mempertandingkan 25 kategori dengan tema ‘Spektrum Sinema’ untuk mengiktiraf bakat tempatan.
Ameen Mustajab meraih trofi Kesan Khas Visual Terbaik menerusi filem Malam Terlarang pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Panggung Sari, Istana Budaya, malam ini.
Ameen mengatasi empat calon lain iaitu Bubu Room Studios (Nar’sata: Sekutu Setan), Viper Studios (Qifarah), Studio Voxel (Polong) dan Emir Ezwan (Indera).
Filem seram terbitan Astro Shaw itu merupakan arahan Allahyarham Nurhanisham Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Labu.
Malam Terlarang dibintangi Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Haneesya Hanee dan Sabri Yunus.
Bertemakan ‘Spektrum Sinema’, FFM35 mempertandingkan 25 kategori bagi mengiktiraf karya dan bakat dalam industri perfileman tempatan.