Skip to main content

Hollywood

Bintang Adolescence, Owen Cooper Muncul dalam Video Muzik The Beatles

Bintang Adolescence, Owen Cooper Muncul dalam Video Muzik The Beatles

Sekilas

  • Pelakon muda Owen Cooper, yang terkenal menerusi drama Netflix Adolescence, muncul dalam video muzik terbaru The Beatles untuk lagu In My Life yang meraikan bandar Liverpool.
  • Video muzik itu menampilkan lokasi ikonik Liverpool dan mengisahkan sebuah ukulele yang menghubungkan beberapa generasi dalam sebuah keluarga melalui muzik.
  • Projek baru termasuk pemindahan tarikan pelancongan Beatles Story ke tapak St John's Market dan pengalaman tontonan bertemakan Yellow Submarine dijangka dibuka pada 2028.
Advertisement

Pelakon muda yang mencipta nama menerusi drama Netflix, Adolescence, Owen Cooper mencuri perhatian apabila muncul dalam video muzik terbaharu kumpulan legenda, The Beatles, menerusi lagu In My Life.

Video muzik bagi versi adunan semula lagu yang dimuatkan dalam album Rubber Soul (1965) itu meraikan keistimewaan Liverpool, bandar kelahiran kumpulan ikonik berkenaan.

Advertisement

Cooper, 16, yang berasal dari Warrington, England, tampil dalam video berkenaan bersama beberapa lokasi ikonik di Liverpool termasuk Royal Liver Building, Liverpool Cathedral, Royal Albert Dock dan Strawberry Field, lapor BBC.

Diarahkan Jessica Swale dan Irina Alexiu, video muzik berkenaan mengangkat kisah sebuah ukulele yang menjadi penghubung antara beberapa generasi dalam sebuah keluarga menerusi kecintaan mereka terhadap muzik.

Antara babak menarik yang dipaparkan termasuk adegan di hadapan Woolton Picture House yang memberikan penghormatan kepada kulit album ikonik The Beatles, Abbey Road.

Advertisement

Terdapat juga babak yang mengimbau insiden George Harrison terjatuh dalam adegan pembukaan filem A Hard Day's Night, sekali gus menyuntik elemen nostalgia buat peminat kumpulan berkenaan.

Kemunculan video muzik itu hadir selepas Apple Corps mengumumkan perancangan memindahkan tarikan pelancongan Beatles Story ke bekas tapak St John's Market, yang dijangka dibuka pada 2028.

Projek berkenaan turut merangkumi pengalaman tontonan bertemakan Yellow Submarine di St Johns Beacon, sekali gus memperkukuh kedudukan Liverpool sebagai destinasi penting buat peminat The Beatles dari seluruh dunia.

Cooper sebelum ini pernah memberikan penghormatan kepada mendiang John Lennon dan The Beatles ketika menerima Anugerah BAFTA Televisyen bagi drama Adolescence pada Mei 2026.

Ketika menyampaikan ucapan selepas menerima trofi berkenaan, pelakon itu berkata: "Ini agak sukar dipercayai."

Pemenang termuda Emmy itu turut memetik kata-kata John Lennon sebagai inspirasi.

"Seperti kata John Lennon, anda tidak akan memperoleh apa-apa jika tidak mempunyai visi untuk membayangkannya,” ucapnya.

Ucapan tersebut sekali lagi memperlihatkan kekaguman Cooper terhadap The Beatles, kumpulan muzik yang terus meninggalkan pengaruh besar dalam dunia hiburan meskipun sudah berdekad-dekad berlalu.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement