Skip to main content

Selebriti

"First Time Tengok Datuk Behave" - Netizen Terhibur Gelagat Aliff Syukri Jumpa Tengku Hassanal

Aliff Syukri Behave depan Tengku Hassanal

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjumpa dengan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sebuah majlis tertutup.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff dilihat sempat mempromosikan produknya kepada Tengku Hassanal yang ketika itu baru sahaja keluar dari tandas.

Advertisement

Namun apa yang mencuit hati ramai, figura yang sinonim dengan perwatakan ceria dan ‘hyper’ itu tiba-tiba kelihatan amat sopan dan menjaga tingkah laku apabila berdepan dengan baginda.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat tersebut.

“First time tengok datuk behave.

“Papa sangat behave bila berdepan dengan Tengku. Jarang tengok papa tak hyper.

“Nampak la datuk tergagap cakap.

“First time nampak datuk speech delay,” komen netizen.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh, menyamakan situasi itu seolah-olah Aliff sedang berdepan dengan anak sulungnya, Ammar Ahyan, kerana perwatakan Tengku Hassanal dilihat mirip anaknya itu.

“Tengku pun macam Ammayan.

“Ammayan macam Tengku. Sebab tu datuk tak rasa janggal sangat, dah biasa.

“Aku tengok Tengku Hassanal ni dah macam Ammayan.

Kembar Ammayan,” tulis mereka lagi.

Must-Watch Video

Advertisement