Dua beranak maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Flat Sentul Utama, Jalan Dato Senu, Sentul, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.18 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan BBP Gombak Selatan digerakkan ke lokasi tersebut.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dan dua mangsa iaitu ibu berusia 82 tahun dan anak lelakinya yang berusia 58 tahun. Dua beranak tersebut dijumpai dalam tandas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, operasi pemadaman menggunakan enam aliran daripada pam jentera dan kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kediaman sekitar.
“Api dipadam sepenuhnya pada pukul 8.27 pagi dengan kemusnahan dianggarkan 40 peratus. Punca kejadian masih dalam siasatan Unit Siasatan Kebakaran,” ujarnya.
Sumber: Kosmo