Skip to main content

Selebriti

Frasa 'I Met A Stranger' Hanya Salah Faham, Anak Nadia Kesuma Dedah Ibu Tidak Kenali Sesiapa - "Dia Beritahu Ayah Saya Yang..."

Anak kesuma

Sekilas

  • Anak kepada pelakon Nadia Kesuma menjelaskan frasa 'I met a stranger' yang tular sebenarnya salah faham dan hanya merujuk kepada kesedihan ibunya tidak dapat bercuti bersama rakan.
  • Nadia Kesuma dilaporkan hilang selepas menyertai Noh Travel Agency ke London, Paris dan Umrah, dan usaha mengesan beliau masih belum berhasil.
  • Keluarga memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Nadia untuk segera menghubungi mereka dan turut memohon doa.

Anak kepada pelakon, Nadia Kesuma iaitu @myyrraaa tampil berkongsi  maklumat terkini mengenai ibunya yang dilaporkan hilang baru-baru ini.

Menerusi Threads, dia menjelaskan bahawa frasa 'I met a stranger' yang tular di media sosial itu telah disalah tafsir.

Menurutnya, frasa tersebut hanyalah ungkapan yang dimaklumkan pada ayahnya mengenai kesedihan ibunya yang tidak dapat bercuti bersama rakan-rakannya.

"Mak saya kini hilang. Dia sertai Noh Travel Agency dari Malaysia ke London, Paris dan ke Umrah. Dia tidak kenal sesiapa dalam kumpulan itu.

"Frasa 'I met a stranger' yang dikongsi di media sosial itu hanyalah salah faham. Dia hanya beritahu ayah saya yang dia sedih sebab tidak dapat bercuti bersama rakan-rakannya," tulisnya.

Mengulas lanjut, @myyrraaa turut berkongsi bahawa dia dan ahli keluarga telah berusaha untuk mengesan keberadaan aktres filem Kudeta itu, namun masih tidak dapat dikesan sehingga kini.

"Selepas kami dapat tahu dia tak turun kapal terbang ke London, kami cuba kesan telefon dia melalui Gmail dan pihak yang berautoriti di Jeddah untuk sama sama bantu mencari dia tetapi dia masih tidak dijumpai.

"Perkembangan paling terkini mengenai dia dari unit Imigrasi lapangan kapal terbang Jeddah adalah dia disahkan telah tinggalkan lapangan tersebut, namun lokasinya tidak dapat diketahui," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga merayu agar mana-mana pihak yang megetahui info atau keberadaan ibunya untuk segera melaporkan dan membuat panggilan padanya.

"Kalau ada sesiapa yang tahu maklumat lanjut mengenai ibu saya, sila hubungi kami. Mohon selitkan doa untuk ibu. Terima kasih," tambahnya.


Must-Watch Video

Advertisement