Skip to main content

Rancangan Realiti

Gegar Vaganza 12: Tersingkir Minggu Keenam, Korie; "Doktor Kata Saya Alami..."

Korie s

Sekilas

  • Korie bersyukur dapat bertahan hingga minggu keenam Gegar Vaganza 12 walaupun diumumkan tersingkir malam tadi.
  • Dia memohon maaf kepada peminat jika mengecewakan kerana tidak dapat ke pentas akhir dan mengakui kesihatan yang kurang baik menjejaskan persembahannya.
  • Korie kini menerima tawaran sebagai komposer dan merancang melancarkan single baru pada awal tahun hadapan selepas sibuk dengan GV12.

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Korie meluahkan rasa syukur kerana dapat bertahan hingga minggu keenam di pentas berprestij itu meskipun telah diumumkan tersingkir malam tadi.

Korie atau nama sebenarnya Azahari Aminuddin memohon maaf kepada para peminatnya sekhiranya dia telah mengecewakan hati mereka yang ingin melihat dia beraksi di pentas akhir.

"Saya sertai GV sebab saya nak cabar diri saya dan saya tahu saya bukanlah penyanyi yang baik untuk sampai ke minggu akhir. Dah sampai minggu keenam pun saya dah bersyukur. Saya cuma nak terokai perkara baharu.

"Saya minta maaf jika saya membuat para peminat hampa kerana tidak dapat melihat saya ke final. Saya belajar banyak perkara termasuk hubungan persahabatan dan teknik-teknik nyanyian," katanya kepada Gempak.

Korie berkata demikian selepas tamat konsert minggu ke-6 GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Dalam masa sama, Korie akui bahawa dia kurang sihat sejak kebelakangan ini sehingga memberi kesan kepada persembahannya.

"Demam saya ni dah dua minggu memang sangat menggangu persembahan saya. Doktor kata saya alami virus demam on-off. Saya sangat terkesan," ujarnya.

Biarpun tersingkir, Korie berkongsi bahawa dia telah menerima pelbagai tawaran sebagai komposer lagu selain bakal mengeluarkan lagu single pada awal tahun hadapan.

"Alhamdulillah, saya dah dapat banyak tawaran sebagai komposer. GV ni memang platform yang baik untuk mana-mana artis untuk kembali aktif semula dalam industri hiburan.

"Saya memang sedang keluarkan single tetapi tertangguh sebab terlalu sibuk dengan GV. Jadi, bila dah keluar ni saya ada masa semula untuk single saya," jelasnya

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement