Skip to main content

Filem

Gelak Tak Henti, The First Ride Hidupkan Kisah Persahabatan & Kehidupan Dewasa

Th First Ride

Ringkasan AI

  • Filem Korea Selatan terbaru, The First Ride, akan ditayangkan mulai 13 November 2025.
  • Filem arahan Nam Dae-Jung ini menampilkan pelakon popular seperti Kang Ha-Neul, Kim Young Kwang, Cha Eun Woo, Kang Young Seok dan Han Sun Hwa.
  • Plot mengisahkan empat sahabat dengan personaliti berbeza yang merancang untuk menunaikan impian mereka ke Thailand.
  • Filem berdurasi hampir 2 jam ini menggabungkan elemen komedi, emosi, dan plot twist yang menghiburkan.
  • Keserasian pelakon dan tema persahabatan membuatkan filem ini meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Filem Korea Selatan terbaharu, The First Ride, mengangkat kisah persahabatan dan perjalanan kehidupan empat sahabat sejak kecil yang bakal menemui penonton mulai 13 November 2025.

Arahan Nam Dae-Jung, filem ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Kang Ha-Neul, Kim Young Kwang, Cha Eun Woo, Kang Young Seok dan Han Sun Hwa.

Setiap watak hadir dengan peribadi tersendiri yang mencuit hati. Yeon-min (Cha Eun Woo) seorang pelajar popular namun pemalu yang mengimpikan menjadi DJ terkenal, Tae-Jung (Kang Ha-Neul) bijak dan berdisiplin, Do Jin (Kim Young Kwang) 'happy-go-lucky' tetapi tertekan dengan masa lalu, manakala Geum-bok (Kang Young Seok) eksentrik dengan sikap unik.

Filem berdurasi hampir 2 jam ini menggabungkan komedi, emosi, dan plot twist yang cukup menghiburkan sehingga penonton tidak kering gusi melihat kerenah dan telatah mereka.

The First Ride mengisahkan empat sahabat yang merancang untuk menunaikan impian mereka ke Thailand, namun perjalanan mereka menjadi huru-hara. Beberapa tahun kemudian, mereka membawa haluan masing-masing, sehingga Do Jin memujuk mereka untuk memulakan semula impian lama mereka sambil ditemani Ok-sim (Han Sun Hwa) yang meminati Tae-Jung. Lebih unik, Yeon-min turut muncul dalam bentuk patung dalam perjalanan mereka.

Keserasian pelakon serta keakraban watak membuatkan filem ini bukan sahaja lucu, malah menyentuh hati, meninggalkan kesan mendalam tentang nilai persahabatan dan perjalanan hidup.

Must-Watch Video

Advertisement