Skip to main content
Advertisement

Berita

Gempa bumi 6.3 Magnitud Gegar Laut Jawa, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

Gempa bumi 6.3 Magnitud Gegar Laut Jawa, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

Sekilas

  • Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Laut Jawa, Indonesia pada awal pagi ini.
  • MetMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia daripada gempa tersebut.
  • Agensi itu akan terus memantau situasi dan memberikan maklumat terkini kepada orang ramai.
Advertisement

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan berlaku di Laut Jawa, Indonesia, awal pagi ini, namun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 8.2° selatan dan 107.2° timur, kira-kira 147 kilometer (km) di selatan Sukabumi, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 70km.

Advertisement

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan agensi itu.

MetMalaysia turut memaklumkan akan terus memantau perkembangan kejadian berkenaan dan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat perubahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan aktiviti seismik melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement