Skip to main content

Berita

Gempak Wrapped 2025: Imbas Kembali Kes Jenayah Tular! Kematian Tragis Tikam Pelajar Di Sekolah Serta Solidariti #JusticeForZaraQairina Jadi Perhatian Dunia

vfvf

Sekilas

  • Sepanjang 2025, beberapa kes jenayah berprofil tinggi seperti kematian pelajar Zara Qairina dan pembunuhan pelajar di Bandar Utama mencuri perhatian ramai di Malaysia.
  • Kes pembunuhan dua beranak di Juru dan insiden tembakan di Sungai Golok turut mendapat liputan meluas serta melibatkan siasatan rentas sempadan.
  • Selebriti Namewee juga terlibat dalam kes kematian pempengaruh Taiwan yang sedang disiasat, dengan ikat jamin dilanjutkan sementara menunggu laporan forensik.

Sepanjang tahun 2025, negara dikejutkan dengan beberapa kes jenayah berprofil tinggi yang bukan sahaja mendapat liputan meluas media tempatan, malah menarik perhatian antarabangsa.

Daripada tragedi tikam melibatkan pelajar sekolah hingga kes jenayah melibatkan selebriti, berikut imbas kembali kes jenayah yang paling tular sepanjang tahun ini.

Zara Qairina Mahathir: Kematian Pelajar Cetus Solidariti #JusticeForZaraQairina
 

gfdvdf


Pada Julai 2025, seorang pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah agama sebelum disahkan meninggal dunia. 

Kes berkenaan mencetuskan dakwaan berlaku insiden buli berpanjangan.

Bagi membantu siasatan, proses penggalian semula mayat mangsa dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, sebelum bedah siasat dijalankan oleh empat pakar patologi termasuk Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Kes tersebut mencipta sejarah apabila lima remaja didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025.

AGC (Jabatan Peguam Negara) menegaskan pendakwaan lima remaja bawah umur tersebut hanya merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina. 

Prosiding inkues berlangsung sepanjang tahun bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa. Kes ini terus mendapat perhatian orang ramai apabila kempen solidariti #JusticeForZaraQairina tular di media sosial, termasuk munculnya lagu solidariti yang menyeru keadilan serta pembaharuan terhadap budaya buli di sekolah.

Pembunuhan Di Sekolah Bandar Utama: Pelajar Perempuan Maut Ditikam

fdvd



Negara sekali lagi digemparkan dengan insiden tragik pada 14 Oktober 2025 apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

Suspek didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Bagaimanapun, prosiding dijalankan secara tertutup kerana melibatkan kes juvana.

Setakat ini, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak dilaporkan memerlukan tempoh kira-kira tiga bulan untuk menilai tahap kesihatan mental tertuduh. 

Mahkamah menetapkan 16 Januari tahun depan sebagai tarikh laporan penuh dikemukakan. 

Kes ini mencetuskan kebimbangan serius terhadap aspek keselamatan sekolah dan kesejahteraan pelajar.

Pembunuhan Dua Beranak Di Juru, Pulau Pinang

Pada 18 Oktober 2025, dua beranak, iaitu seorang isteri dan anak perempuannya, ditemui maut dibunuh di Kampung Juru, Pulau Pinang. 

Kes ini mencetuskan kejutan besar berikutan kekejaman yang dilaporkan.

vfdv


Beberapa individu termasuk seorang lelaki warga Nepal ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Setakat ini, tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan sehingga 12 kali. 

Setakat ini, kes ditangguhkan sehingga 26 Januari tahun hadapan.

Kes Tembak Sungai Golok: Bekas Penjaga Gol Kelantan FA Serah Diri

dscdf

Insiden tembakan di Kampung Bering, Sungai Golok pada 1 November 2025 turut mencuri tumpuan apabila seorang lelaki dipercayai bekas pemain import bola sepak Kelantan dikaitkan dengan kejadian tembak melibatkan rakyat Malaysia.

Suspek dilaporkan menyerah diri kepada pihak berkuasa Thailand pada 3 November, bersama senjata yang dipercayai digunakan. 

Walaupun kejadian berlaku di luar negara, kes ini mendapat perhatian luas kerana identiti suspek serta kerjasama rentas sempadan dalam siasatan.

Kes Pempengaruh Taiwan: Namewee Dibebaskan Ikat Jamin

vdvsv

Kes berprofil antarabangsa turut melibatkan selebriti Malaysia, Namewee atau Wee Meng Chee, berkait kematian pempengaruh wanita Taiwan, Hsieh Yun Hsin (Iris Hsieh) pada 22 Oktober 2025 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kes yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut itu kemudian disiasat semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Namewee, yang merupakan individu terakhir dilihat bersama mangsa, dibebaskan dengan ikat jamin polis sementara menunggu laporan bedah siasat dan toksikologi yang dijangka siap dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

Tempoh ikat jamin polis terhadap Namewee dilanjutkan sehingga 11 Januari tahun depan, manakala siasatan masih diteruskan bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa.

Kesemua insiden ini bukan sahaja mencetuskan perdebatan mengenai jenayah dan keselamatan awam, malah membuka ruang kepada perbincangan lebih luas melibatkan budaya sekolah, institusi keluarga serta peranan media dalam melaporkan kes sensitif.

Must-Watch Video

Advertisement