Skip to main content

Filem

Get Ready Tisu! Filem ‘3 Hajat’ Lakonan Mantap Eman Manan & Amerul Affendi Buat Penonton Menangis. Mula Tayang 2 Oktober Ini.

3 HAJAT SEDIH

Filem arahan Zul Huzaimy berjudul 3 Hajat bakal menemui penonton di 70 pawagam seluruh negara bermula 2 Oktober 2025.

Kerjasama KRU Studios dan Astro Shaw ini mempertaruhkan gandingan hebat pelakon senior Eman Manan bersama Amerul Affendi, selain memperkenalkan wajah baharu, Iman Aneesa.

Advertisement

Zul Huzaimy berkata 3 Hajat hadir dengan sentuhan berbeza berbanding drama biasa.

“Filem ini mengangkat dua watak anti-hero dengan sisi gelap masing-masing, yang akhirnya dipertemukan dalam keadaan yang hampir mustahil,” jelasnya.

Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad turut yakin naskhah ini mampu memikat hati penonton.

“Dengan jalan cerita yang dekat dengan masyarakat, kualiti visual serta lakonan mantap Eman Manan dan Amerul Affendi, kami percaya 3 Hajat akan memberi impak besar,” katanya.

Menariknya, filem ini turut diraikan menerusi Malam Gala Tayangan Diraja dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.

Sekadar info, 3 Hajat mengisahkan Awang (Eman Manan), seorang bekas banduan yang berdepan penyakit kronik dan mahu menunaikan tiga hajat terakhir hidupnya bersama anak tunggalnya, Tawfiq (Amerul Affendi). Namun, hubungan itu penuh konflik kerana masing-masing masih dibayangi masa silam.

Dengan gabungan elemen sinematik, konflik emosi dan mesej kekeluargaan yang menyentuh hati, 3 Hajat antara filem drama paling dinanti tahun ini.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement