Skip to main content

Berita

Global Sumud Flotilla: Kapal Tentera Laut Turkiye Dilapor Iringi GSF

Sumud

Beberapa kapal tentera laut Turkiye dilaporkan mula mengiringi kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Gaza.

Menerusi beberapa perkongsian yang tular di laman media sosial dan laporan media antarabangsa, kapal-kapal tersebut dilihat dirakamkan oleh peserta GSF.

Advertisement

Langkah itu menyaksikan Turkiye menyertai Sepanyol dan Itali yang sudah berbuat demikian beberapa hari lalu.

Terdahulu, Turkiye juga telah memindahkan penumpang dari kapal Johnny M selepas kapal tersebut mula dimasuki air.

Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) tentera darat Turkiye juga dilaporkan terbang di ruang udara flotila selama 30 jam bagi melindunginya daripada sebarang serangan.

Sejak semalam seluruh masyarakat Islam dilihat membanjiri laman media sosial dengan doa selepas aktivis dan para peserta GSF mula memasuki zon kuning untuk meneruskan misi bantuan ke Gaza. 

Sumber: Astro AWANI 

Must-Watch Video

Advertisement