Sekilas
- Article content is missing, so a summary cannot be generated.
- Please provide the article text to proceed with the summary.
- Ensure the article includes sufficient details for an accurate summary.
Susu berperisa coklat, Goodday Charge dengan kerjasama Astro Originals, hari ini memperkenalkan ‘Yang Terhebat’, sebuah video jenama sinematik eksklusif yang digerakkan oleh visi kreatif yang kukuh.
Video ini menghimpunkan lima siri premium Astro Originals 2025 iaitu One Cent Thief, First Wives, Honey Trap, Generasi: Perfect 10 dan Bad Cop di bawah satu platform jenama yang menyatukan semuanya.
Lebih daripada sekadar kompilasi kandungan, ‘Yang Terhebat’ mencerminkan kepercayaan Goodday Charge terhadap tenaga luar biasa, daya ketahanan serta kekuatan mental dan disampaikan menerusi penceritaan yang melangkaui setiap siridan skrin.
Dengan mesej jenama "Memang ada yang hebat, hingga munculnya yang terhebat ", video sinematik berdurasi satu minit ini menandakan evolusi Goodday Charge ke arah penceritaan premium yang berteraskan budaya.
Video Yang Terhebat menampilkan barisan pelakon utama daripada kelima-lima siri premium tersebut, termasuk Syafiq Kyle dan Syarul Ezani (One Cent Thief), Mimi Lana dan Carmen Soo (First Wives), Arena Wan dan Arabella Ellen (Generasi: Perfect 10), Nina KSC (Honey Trap), serta Aiman Hakim dan Jayram Sai (Bad Cop).
Penyatuan mereka mencerminkan DNA sebenar Goodday Charge, iaitu tenaga yang berterusan, fokus di bawah tekanan, serta semangatuntuk bangkit dan melangkaui batas.
Selain filem utama, kolaborasi ini turut memperkenalkan lima video jenama berdurasi 30 saat, masing-masing diinspirasikanoleh satu siri premium dan disiarkan seiring dengan tayangansiri tersebut.
Pelaksanaan ini menonjolkan tema kekuatan, ketahanan dan semangat luar biasa yang selari dengan watak-watak serta jenama Goodday Charge.
Setiap watak turut dipaparkan bersama ikon ⚡ (kilat kuning) yang melambangkan simbol visual kepada kempen ‘Yang Terhebat’.
Bagi meraikan pelancaran rasmi video ‘Yang Terhebat’, Goodday Charge dan Astro Shaw menganjurkan acara istimewa iaitu ‘Reunion Charge Terhebat’ di TGV Alamanda, Putrajaya, pada 24 Januari 2026, 10 pagi hingga 6 petang.
Acara ini memberi peluang kepada penonton dan peminat untuk merasai sendiri secara eksklusif kelima-lima dunia siri premium tersebut.
Cabaran Charge Terhebat: Pencarian “Yang Terhebat”
Aktiviti yang dianjurkan dirangka sebagai Cabaran Charge Terhebat , di mana ia merupakan pencarian secara fizikaloleh Goodday Charge untuk mengenal pasti individu yang benar-benar melambangkan “Yang Terhebat”.
Para peserta bersaing dalam lima cabaran berteraskan jenama, masing-masing diinspirasikan oleh satu siri premium, bagi mengujiketepatan, fokus, ketahanan dan kekuatan mental mereka.
Peserta yang berjaya melengkapkan kesemua lima cabaranakan disenarai pendek, dan 10 finalis terpilih bersaing secarabersemuka untuk merebut gelaran ‘Yang Terhebat’, dengan peluang memenangi hadiah utama dan jumlah kemenangankeseluruhan bernilai sehingga RM10,000.
Lima cabaran tersebut ialah:
1. Stop Time Challenge (One Cent Thief)
2. Read The Lips Challenge (First Wives)
3. Spy Card Challenge (Honey Trap)
4. Stacking Challenge (Generasi: Perfect 10)
5. Aim & Fire (Bad Cop)
Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad Astro Originals telah mempersempahkan lima siri premium berbeza pada tahun lepas.
"Bukan sekadar menerima respon positif dari segi tontonan, malah turut mencetuskan keterujaan luar biasa di kalangan peminat, melalui pelbagai aktiviti interaktif.
"Antaranya ialah tayangan eksklusif bersama peminat, sesi berjumpa barisan pelakon, serta peluang memenangi hadiah istimewa, hasil daripada kerjasama strategik bersama Goodday Charge," ujarnya.
Tambah istimewa, kolaborasi ini merupakan kerjasama berterusan sepanjang setahun yang melibatkan lima siri premium, sekali gus menandakan satu detik inovasi dalammenyatukan kandungan, jenama dan peminat secara menyeluruh.
"Bagi meraikan dan sebagai tanda kemuncak, kami himpunkan watak-watak di bawah siri premium Astro Originals di dalam sebuah video eksklusif dengan misi yang sama iaitu ‘Memang ada yang hebat, sehingga munculnyayang terhebat.
"Kami berterima kasih kepada GooddayCharge kerana meletakkan kepercayaan kepada kandungan tempatan untuk tampil kreatif dan berimpak," katanya lagi.
Video eksklusif ‘Yang Terhebat’ kini boleh ditonton di platform televisyen, radio serta media sosial Goodday Charge, Astro Shaw dan Astro Gempak.
Bagi mereka yang terlepas acara fizikal tersebut, pencarian‘Yang Terhebat’ diteruskan dan peminat masih berpeluang membuktikan potensi luar biasa mereka dengan menyertaiGoodday Charge AI Content Creator Contest, sekali gus memperluaskan Cabaran Charge Terhebat ke ruang digital.
Maklumat lanjut dan mekanisme penyertaan boleh didapati di akaun TikTok rasmi Goodday Charge MY.