Skip to main content

Berita

GSF: Selamat Pulang Ke Tanah Air, Ustaz Mat Kecik: “Tugas Kita Masih Banyak…”

GSF: Selamat Pulang Ke Tanah Air, Ustaz Mat Kecik

Salah seorang aktivis dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang selamat pulang ke tanah air bersama 22 rakan lain, Ustaz Muhammad Abdullah menggesa rakyat Malaysia agar terus bercakap tentang Gaza dan Palestin.

Ustaz Muhammad atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mat Kecik mengatakan semua pihak berhak meraikan kepulangan mereka selepas insiden menjadi tahanan rejim Zionis setelah dipintas gagal memasuki Palestin untuk memberi bantuan perubatan dan makanan kepada penduduk Gaza.

Advertisement

“Ya kita ada hak untuk meraikan kejayaan ini, namun kita jangan lupa tugas kita masih banyak.

“Mereka sedang lapar disana. Anak-anak sedang kebuluran, dan ibu-ibu melahirkan tanpa bius di sana.

“Teruskan bercakap pasal G dan P,” tulisnya di laman Facebook.

Ustaz Mat Kecik yang mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua yang mendoakan kesejahteraan mereka juga menyeru agar impian untuk solat di Masjid Al Aqsa tercapai.

“Tanamkan impian dalam diri kita satu hari nanti kita akan solat di masjid Al Aqsa,” tulisnya lagi.

Terdahulu seramai 23 sukarelawan dan aktivis mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.50 malam waktu Malaysia selepas berangkat pulang daripada Turkiye.

Must-Watch Video

Advertisement