Skip to main content

Viral

Guru Tari Direman Lima Hari Bantu Siasatan Amang Seksual Pelajar

Guru Tari Direman Lima Hari Bantu Siasatan Amang Seksual Pelajar

Sekilas

  • Seorang guru tari persendirian berusia 20 tahun direman lima hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun 10 bulan.
  • Kejadian dipercayai berlaku di kediaman suspek dan kawasan Tasik 1 Krubong sejak September lalu, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
  • Pihak polis turut menerima laporan kedua daripada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang mendakwa menjadi mangsa suspek dalam kejadian berasingan di hotel dan kediaman suspek di Melaka.
Advertisement

Seorang guru tari persendirian direman selama lima hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki.

Perintah reman terhadap suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Asyikin Rosli pada Isnin.

Advertisement

Terdahulu, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 5 pagi pada Isnin.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 14 tahun 10 bulan merupakan pelajar suspek dalam bidang tarian tradisional dan dipercayai menjadi mangsa sejak mula mengikuti kelas dengan lelaki berkenaan pada 4 September lalu.

“Kes berkenaan dipercayai berlaku di dua lokasi, iaitu di kediaman suspek di Krubong dan kawasan Tasik 1 Krubong.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan berunsur seksual terhadap mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Dzulkhairi berkata, pihak polis turut menerima satu lagi laporan daripada seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun yang mendakwa menjadi mangsa suspek dalam kejadian berasingan pada Disember tahun lalu dan Jun lalu.

Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah hotel di Melaka serta kediaman suspek di Krubong dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement