Skip to main content

Selebriti

Hadiahkan Kereta Baru Buat Ibu Bapa, Fattah Amin Raih Pujian Netizen - "Contoh Anak Yang Soleh..."

Fattah Amin

Pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian selepas membuat kejutan istimewa buat kedua ibu bapanya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fattah menghadiahkan sebuah kereta jenama Toyota Noah berwarna merah.

Dalam video tersebut kelihatan Fattah bersama ibu bapanya sedang teruja sambil bergambar bersama di hadapan kereta berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Fattah yang disifatkan sebagai anak soleh dan sentiasa mendahulukan kedua ibu bapanya.

"Dia mampu belikan yang berjenama tetapi pilih yang sederhana. Alhamdulillah.

"Contoh anak yang soleh, sentiasa dahulukan ibu bapa.

"Sebelum ini mungkin tak dapt belikan mak apa-apa, sekarang mesti puas hati dengan duit janaan sendiri.

"Siapa yang mendahulukan ibu bapa meseti rezeki akan murah," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement