Skip to main content

Berita

Hanya Kerana Mengidam Nak Makan Ayam Gepuk, Isteri Dibelasah Suami

Ayam Gepuk

Sekilas

  • Seorang wanita di Cheras dipukul suaminya selepas meminta dibelikan juadah ayam gepuk kerana mengidam.
  • Suspek bertindak mencekik leher mangsa, mengacukan pisau sayur, serta menampar dan menumbuk wanita tersebut.
  • Mangsa mengalami kecederaan di leher dan mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz sebelum membuat laporan polis.

Seorang wanita dibelasah suaminya sendiri hanya kerana meminta agar dibelikan juadah ayam gepuk kerana mengidam.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, wanita itu difahamkan dimarahi sebelum dipukul oleh suspek dalam satu kejadian di sebuah flat di Jalan Ikan Ayu, Cheras, Rabu lalu.

"Mangsa mendakwa permintaan tersebut menyebabkan suspek berang sebelum memaki hamun.

"Suspek kemudian bertindak mencekik leher mangsa serta mengambil sebilah pisau sayur dan meletakkannya di bahagian leher wanita itu,” katanya.

Bukan itu sahaja, mangsa dikatakan telah ditampar di bahagian muka serta ditumbuk di kepala oleh suspek ketika kejadian.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras.

"Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Must-Watch Video

Advertisement