Skip to main content

Selebriti

Hanya Tidur Dua Jam, Khairul Aming Mohon Maaf 'Website Crash' - "Ramai Maki Hamun, Aku Pun..."

Khairul aming rembayung

Sekilas

  • Khairul Aming memohon maaf atas gangguan sistem tempahan restoran Rembayung yang mengalami 'crash' akibat trafik tinggi malam tadi.
  • Lebih 3,000 pelanggan berjaya membuat tempahan, dan Khairul jamin pengalaman terbaik akan diberikan di restoran sulungnya itu.
  • Dalam masa 15 minit, 400 tempahan diterima dan akaun Instagram Rembayung capai 100,000 pengikut dalam dua jam selepas dilancarkan.

Usahawan dan pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming memohon maaf atas isu teknikal sistem tempahan restoran sulungnya yang mengalami gangguan malam tadi.

Menurutnya, dia telah menerima trafik yang sangat tinggi sehigga menyebabkan laman web tersebut tidak mampu menampung jumlah pengunjung sekali gus mengakibatkan sistem 'crash'.

"Baru sahaja selesai proses tempahan pertama. Mohon maaf 'website' kami 'crash' tadi. Kami dah cuba yang terbaik tetapi masih tidak boleh menampung trafik yang tinggi," katanya.

Dalam masa sama, Khairul turut akui terkedu dengan situasi tersebut dan memohon orang ramai memberikan ruang untuk pihaknya menyelesaikan isu tersebut.

"Ramai orang maki hamun, aku pun dah 'speechless'. Saya pun tidur dua jam sahaja. Biarkan kami betulkan isu ini dan cuba lancarkan sistem ini," ujarnya.

Sementara itu, Khairul memberi jaminan kepada pelanggan yang berjaya membuat tempahan bahawa mereka akan menerima pengalaman terbaik ketika menjamu selera di Rembayung.

"Kepada 3,000 pelanggan yang berjaya buat tempahan, kami akan cuba yang terbaik untuk bagi anda pengalaman terbaik untuk menjamu selera di Rembayung dan terima kasih yang memberi sokongan," jelasnya.

Sebelum ini, hanya dalam masa 15 minit, restoran Rembayung milik Khairul Aming sudah menerima 400 tempahan dibuat sehingga website menjadi ‘crash’.

Bukan sahaja 'website', akaun Instagram Rembayung juga berjaya mencecah 100,000 pengikut dalam hanya dua jam diwujudkan.

Terdahulu, Khairul mengejutkan ramai apabila mengumumkan pembukaan restoran pertamanya ‘Rembayung’ yang dijangka beroperasi mulai Januari tahun depan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Khairul Aming berkata, projek tersebut adalah antara pelaburan terbesar pernah dilakukannya sepanjang bergelar usahawan dan menelan kos sehingga RM4 juta.

Must-Watch Video

Advertisement