Skip to main content

Selebriti

Hari Pertama Sekolah, Nad Zainal Akui Tak Cukup Nafas - "Padat Betul Jadual Kau Nak"

Nad zainal

Selesai sahaja hari pertama persekolahan, pelbagai kerenah pelajar dan ibu bapa dapat disaksikan. Ada yang menangis, ada yang gembira, malah ada juga yang kelihatan kebaraian.

Pengalaman tersebut turut dirasai oleh pelakon, Nad Zainal apabila menghantar anak sulungnya, Fahad Ibrahim ke sekolah.

Menerusi Threads, Nad berkongsi bahawa anaknya kini telah memasuki darjah empat dengan jadual harian yang padat sehingga membuatkan dia sendiri tercungap-cungap keletihan.

"Baru hari pertama sekolah Yem darjah empat, saya dah tercungap-cungap. Padat betul jadual kau anak," tulisnya.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan anak lelaki pada 10 Oktober tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Nad turut memiliki dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Must-Watch Video

Advertisement