Filem Hayya 3: Gaza bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 30 Oktober ini.
Filem arahan astis Arimba terbitan Warna Pictures & 786 Productions yang diedarkan oleh Horizon Film Entertainment berkolaborasi bersama Cinta Gaza Malaysia disokong oleh Malaysian Women’s Coalition For Al Quds And Palestine, Friends of Palestine dan Palestinian Cultural Organization ini mengangkat isu Palestin dan bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap penderitaan rakyat Gaza.
Advertisement
Pelakon dan pendakwah Indonesia, Oki Setiana Dewi menjelaskan kehadirannya dalam karya ini bukan sekadar berlakon, tapi juga sebahagian dari misi social dan kemanusiaan yang ingin disuarakan.
“Menerusi filem ini kami, baik yang berada di balik layar maupun di depan kamera berusaha menghidupkan kembali kesedaran masyarakat terhadap Palestin,” ujar Oki.
Tambah Oki, filem ini juga bakal membuka mata masyarakat yang ingin memahami situasi konflik di Palestin secara lebih mendalam.
“Dengan menonton Hayya 3: Gaza, penonton sudah mendapatkan gambaran menyeluruh tentang apa yang terjadi di sana,” katanya.
Tidak hanya sebagai medium kesedaran, filem ini juga salah satu medium bantuan daripada sudut kewangan kepada rakyat Gaza. Sebagian keuntungan dari penayangan filem ini akan langsung disalurkan untuk membantu mereka.
“Filem ini merupakan bentuk nyata dari aksi kemanusiaan. Sebanyak 10% dari hasil filem ini akan disumbangkan untuk Gaza,” jelas Oki.
Bukan itu sahaja, 40% hasil kutipan dari tayangan di Indonesia juga akan disalurkan ke Gaza.
Oki juga menyatakan sokongan kepada filem ini bererti turut menyumbang untuk tujuan yang lebih besar.
“Menonton bererti ikut bersedekah. Dari keuntungan film ini, 10% untuk Palestin, dan sisanya kami gunakan untuk membuat filem-filem serupa yang membawa pesan kebaikan,” ucapnya.
Hayya 3: Gaza menceritakan tentang Abdullah Gaza, seorang anak yatim yang bapanya meninggal dunia semasa menjadi sukarelawan di Palestin, dan kemudiannya diambil oleh sebuah rumah anak yatim. Di rumah anak yatim itu, Gaza berkawan dengan Hayya, seorang gadis kecil Palestin.
Persahabatan rapat mereka terancam oleh isu keselamatan yang timbul di rumah anak yatim tersebut.
Filem ini dibintangi oleh pelakon antaranya Amna Shahab sebagai Hayya, Azamy Syauqi sebagai Gaza,Cut Syifa sebagai Rafah Shafira,Oki Setiana Dewi sebagai Ustazah Dewi,Adhin Abdul Halim sebagai Adhin, Fauzi Baadila sebagai Rahmat dan ramai lagi.