Setelah melalui perjalanan yang panjang semasa menyertai misi Global Sumud Flotilla, penyanyi, Heliza Helmi sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dilihat sangat aktif meninggalkan komen di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu membuat pertanyaan terbuka kepada orang ramai berhubung tindakan Heliza yang dikatakan "kacip" itu.
Advertisement
"Kenapa dengan Heliza Helmi. Apa yang dia borak kacip. Aku tak faham kenapa ramai orang kata dia balas komen kacip," tanya pengguna tersebut.
Lebih menarik, Heliza turut komen di ruangan komen individu berkenaan.
"Tu lah, aku pun tak faham. Dari orang guna kacip, aku dah tak faham kacip itu apa. Yang aku tahu, hanyalah kicap," tulisnya.
Perkara tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata- rata terhibur dengan aksi spontan penyanyi yang terkenal menerusi lagu Jom Selawat itu.

Sebelum ini, Heliza antara 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bagi memecahkan sekatan dibuat Israel terhadap Palestin.
Bagaimanapun, ketika pelayaran ke Gaza, kapal mereka mereka dipintas Tentera Israel dan ditahan selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turkiye.