Sekilas
- Seorang pemungut hutang ditahan polis selepas membakar rumah seorang peminjam yang gagal bayar hutang di Girimarto, Wonogiri.
- Kebakaran itu merosakkan bahagian hadapan rumah dan beberapa perabot, suspek mengaku bertindak demikian kerana mangsa sering mengelak bayaran hutang RM1,740.
- Suspek kini ditahan dan berdepan hukuman penjara maksimum 12 tahun, manakala polis masih menjalankan siasatan lanjut.
Seorang pemungut hutang ditahan polis selepas bertindak membakar rumah seorang peminjam yang gagal melunaskan bayaran di Girimarto, Wonogiri, pada Khamis lalu.
Kebakaran tersebut menyebabkan bahagian hadapan rumah mangsa serta beberapa perabot musnah terbakar.
Suspek, dikenali sebagai YJ, bertindak nekad selepas mendakwa mangsa kerap mengelak setiap kali dia datang membuat tuntutan pembayaran hutang.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Wonogiri, Inspektor Agung Sedewo berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian (TPT) secara terperinci selain mengambil keterangan daripada lima saksi.
“Hasil siasatan membawa kepada penahanan seorang suspek yang bekerja sebagai pemungut hutang. Suspek kini telah mengaku melakukan perbuatan tersebut,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Menurut polis, suspek mendakwa dia hilang sabar kerana mangsa gagal menjelaskan hutang berjumlah 6 juta rupiah ( RM1,740) dan sering mengelak daripada bertemu dengannya.
Susulan tindakan itu, YJ kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Wonogiri dan berdepan hukuman penjara maksimum 12 tahun mengikut peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan membakar dan perbuatan khianat.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk meneliti motif dan sebarang kemungkinan unsur ancaman dalam insiden berkenaan.
Sumber: Sinar Harian