Tindakan seorang pekerja wanita bank yang tular selepas memuat naik gambar menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial akhirnya memakan diri apabila dia diberhentikan kerja semalam.
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi RHB, pihak bank memaklumkan siasatan dalaman telah dijalankan dan keputusan dibuat untuk menamatkan perkhidmatan individu terbabit.
Advertisement
"Kami telah membuat kesimpulan bagi siasatan berkaitan isu berkenaan. Kami memutuskan bahawa individu tersebut adalah bukan lagi pekerja RHB yang berkuat kuasa pada 31 Oktober 2025, tulisnya.
RHB turut komited dalam mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pekerja yang melanggar kod etika pekerjaan.
"Kami sangat menitikberatkan elemen profesionalisma, integriti hormat-menghormati. Kami kekal komited dengan polisi sifar toleransi pada mana-mana pekerja yang melanggar Kod Etika dan Tatalaku," katanya.
Terdahulu, wanita terbabit dikecam hebat selepas memuat naik hantaran di Facebook peribadinya yang menghina Perdana Menteri dengan berpakaian sari bercorak bendera Israel.
Tindakan berkenaan turut disifatkan warganet sebagai sebuah penghinaan pada pemimpin negara dan menyentuh sensitiviti masyarakat.