Skip to main content

Viral

HYROX Tampil Beri Penjelasan Susulan Kes Viral Atlet Wanita Buang Air Besar Dalam Seluar Ketika Berlumba

HYROX Tampil Beri Penjelasan Susulan Kes Viral Atlet Wanita Buang Air Besar Dalam Seluar Ketika Berlumba

Sekilas

  • HYROX mengeluarkan kenyataan rasmi susulan kontroversi di pertandingan China yang melibatkan kekeliruan antara protokol pertandingan elit dan penyertaan umum.
  • Penganjur menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang mengancam atau mengganggu atlet secara peribadi melalui media sosial atau mesej peribadi.
  • Insiden membabitkan atlet Joanna Wietrzyk yang meneruskan perlumbaan walaupun mengalami masalah kesihatan menjadi punca kontroversi dan HYROX berjanji akan memperbaiki protokol serta menjaga kebajikan atlet.
Advertisement

HYROX akhirnya tampil memberikan kenyataan rasmi susulan kontroversi yang tercetus dalam pertandingan di China hujung minggu lalu sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan komuniti sukan berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial, HYROX mengakui berlaku situasi tidak dijangka apabila garis antara protokol pertandingan elit dengan penyertaan umum menjadi kabur.

Advertisement

Menurut HYROX, pihaknya sebenarnya mempunyai prosedur jelas berkaitan biokontaminan dan perubatan, namun kejadian di China memperlihatkan perlunya penjelasan tambahan dalam menangani situasi tertentu.

“HYROX mempunyai prosedur jelas berkaitan biokontaminan dan perubatan.

“Dalam kejadian ini, berlaku situasi tidak dijangka apabila protokol yang direka untuk pertandingan elit dan penyertaan umum menjadi kabur, sekali gus menimbulkan kekeliruan mengenai bagaimana ia perlu dilaksanakan dan difahami,” menurut kenyataan tersebut.

Penganjur turut mengakui situasi berkenaan boleh menimbulkan rasa kecewa, persoalan serta pandangan keras daripada komuniti HYROX.

Malah, HYROX menyifatkan kebimbangan yang dibangkitkan sebagai sesuatu yang wajar dan mengambil tanggungjawab untuk meneliti semula kejadian berkenaan.

“Kebimbangan tersebut adalah wajar dan sebagai penganjur, kami perlu bersedia untuk mendengarnya, meneliti apa yang berlaku serta bertanggungjawab untuk terus melakukan penambahbaikan. Dan kami akan melakukannya,” katanya.

Bagaimanapun, HYROX menegaskan terdapat satu batas yang tidak seharusnya dilanggar apabila kritikan mula ditujukan secara peribadi kepada atlet.

Lebih serius, pihaknya mendedahkan terdapat ancaman keganasan atau galakan untuk mencederakan atlet susulan kontroversi tersebut.

“Rasa kecewa tidak seharusnya ditujukan kepada atlet itu sendiri. Mereka adalah individu yang mempertaruhkan diri, bersaing pada tahap tertinggi dan menjadikan pertandingan ini seperti yang kita kenali.

“Tiada tempat dalam komuniti kami untuk ancaman keganasan atau galakan untuk mencederakan seseorang atlet,” menurut kenyataan itu.

HYROX memberi amaran mana-mana individu yang dikenal pasti melakukan perbuatan sedemikian menerusi komen, mesej peribadi atau media sosial akan dikenakan tindakan tegas.

“Mana-mana individu yang dikenal pasti terbabit dalam tingkah laku ini, sama ada menerusi komen, mesej peribadi atau media sosial, akan dilarang secara kekal daripada semua acara HYROX.

“Kami kini sedang menyemak dan mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab dan tindakan akan diambil,” katanya.

HYROX dalam masa sama berjanji akan terus mendengar pandangan komuniti serta melakukan penambahbaikan dengan kebajikan dan maruah atlet menjadi keutamaan.

“Kami akan terus mendengar. Kami akan terus belajar. Dan paling utama, kami akan terus meletakkan kebajikan dan maruah atlet sebagai teras kepada setiap langkah selepas ini.

“Kita bergerak ke hadapan bersama-sama dengan semangat, ketabahan dan rasa hormat antara satu sama lain,” katanya.

Kenyataan tersebut dipercayai menyusul selepas insiden membabitkan atlet elit Australia, Joanna Wietrzyk ketika menyertai HYROX Beijing di China.

Menurut laporan media terdahulu, Joanna mengalami masalah membuang air besar tanpa kawalan ketika sedang bertanding, namun tetap meneruskan perlumbaan sebelum muncul sebagai pemenang kategori Pro Women.

Foto dan rakaman yang tersebar di media sosial turut menunjukkan atlet berkenaan meneruskan beberapa cabaran dengan kesan najis kelihatan pada tubuhnya.

Keadaan itu kemudian mencetuskan persoalan mengenai aspek kebersihan apabila kesan berkenaan dipercayai turut terkena pada laluan serta peralatan yang digunakan peserta lain.

HYROX China selepas itu dilaporkan mengambil tindakan dengan menutup dan mengasingkan kawasan terjejas sebelum proses pembersihan serta pembasmian kuman dilakukan.

Peralatan yang terjejas turut dikeluarkan, manakala sisa dilupuskan mengikut peraturan pengurusan sisa tempatan dan permaidani di lokasi kejadian akan diganti.

Kontroversi berkenaan bagaimanapun mencetuskan reaksi bercampur-campur apabila ada yang memuji ketahanan mental Joanna untuk menamatkan perlumbaan, manakala sebahagian lain mempersoalkan mengapa dia dibenarkan terus bertanding dalam keadaan tersebut.

Susulan kejadian itu, HYROX menegaskan pihaknya akan terus melakukan penambahbaikan terhadap kerangka serta batas pertandingan, selain memastikan kebajikan dan maruah atlet kekal menjadi keutamaan.

Anda mungkin berminat dengan

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Yonex Racquet Cover Q014-2192-S

Yonex Racquet Cover Q014-2192-S

Nike Men's Everyday Plus Ankle Socks (3 Pairs) - Multi-Color [HJ9340-901]

Nike Men's Everyday Plus Ankle Socks (3 Pairs) - Multi-Color [HJ9340-901]

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

adidas Football Manchester United 25/26 Home Jersey Men Red JI7428

adidas Football Manchester United 25/26 Home Jersey Men Red JI7428

Must Watch Video

Advertisement