Skip to main content

Selebriti

"Ini Adalah Kali Ketiga..." - Anak Sulung Hafeez Mikail Dimasukkan Ke Hospital Akibat Jangkitan Paru-Paru 

Hafeez mikail anak

Pelakon, Hafeez Mikail berkongsi berita duka bahawa anak sulungnya, Dahlia Ayesha telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.

Hafeez atau Muhd Hafiz Muhd Zaki berkata bahawa perkara terebut telah berlaku selama hampir dua minggu, sekali gus menjadikan ia kali ketiga Dahlia dimasukkan ke hospital tahun ini.

"Doktor sahkan Dahlia mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-paru sehingga menyebabkan dia sukar untuk tidur dan bernafas. Dia juga demam dan kerap muntah hampir dua minggu.

"Ini adalah kali ketiga Dahlia masuk ke hospital tahun ini. Pertama kali adalah ketika dia baru sahaja menyambut hari kelahirannya.

"Buat masa sekarang, isteri yang banyak jaga dia memandangkan dia pun mengambil cuti manakala saya ulang-alik selepas selesai 'shooting',"katanya ketika dihubungi Gempak.

Pelakon drama Hati Perempuan ini turut akui bahawa dia sedikit sedih apabila anaknya sering menangis setiap kali dia ingin pergi bekerja kerana dia mahu kedua ibu bapanya menemani dirinya di hospital.

Katanya lagi, Dahlia amat takut akan doktor sehingga dia menangis dan marah setiap kali melihat doktor.

"Pada mulanya, isteri saya yang panik. Saya tak tunjuk sangat tetapi dalam hati risau juga. Kami beri banyak perhatian pada dia memandangkan dia sangat 'clingy' ketika sakit.

"Cuma, dia akan menangis setiap kali saya pergi kerja. Sedih sedikit sebab dia mahu kami berdua ada sekali menemaninya.

"Dahlia sangat takut dengan doktor. Setiap kali dia nampak doktor dia akan mengamuk dan marah. Doktor nak cucuk dia pun marah," ujarnya.

Bagaimanapun, Hafeez berkata bahawa keadaan Dahlia kini telah semakin pulih dan kemungkinan akan keluar dari hospital dalam masa terdekat.

"Kini, Dahlia dah semakin sihat dan aktif. Kemungkinan esok lusa dia dah boleh keluar dari hospital," tambahnya.

Sekadar rekod, Hafeez mendirikan rumah tangga Bersama Noor Azira Azman pada tahun 2023.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Dahlia Ayesha pada 16 September 2024.
 

Must-Watch Video

Advertisement