Pelakon, Datin Intan Najuwa mendedahkan seorang pereka terkenal dipercayai gagal melunaskan bayaran pinjaman seperti yang telah dipersetujui.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata individu berkenaan kerap memberi alasan walaupun jumlah yang terlibat mencecah jutaan ringgit.
Advertisement
"Ada satu famous designer ni, masa perlukan loan, nak kita invest, janji manis bukan main. Bila tiba masa bayar balik, ikut perjanjian black & white, jumlah yang dipersetujui, tiba-tiba jadi ular, pandai putar belit. Kalau sikit takpe, berjuta ya jumlahnya.
"Takpe, kita ada agreement, bukti dan peguam. Cakap sentiasa boleh diputarkan, tapi fakta dan kontrak tak boleh lari," katanya.
Bintang drama Kekasih Paksa Rela itu turut meluahkan rasa kesal apabila pereka berkenaan masih menayang kehidupan mewah di media sosial meskipun hutang belum diselesaikan.
"So funny, hidup lavish sangat tayang mewah sana sini, kereta, bercuti tapi nak langsaikan hutang yang wajib dibayar pun tak boleh. Tak sabar nak reveal siapa," tambahnya lagi.
Dalam masa sama, Intan menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk membuka aib sesiapa di media sosial, namun terpaksa tampil selepas isu tersebut berlarutan tanpa penyelesaian.
"Sejujurnya, saya tak pernah rancang nak letak isu ini di media sosial. Dari awal kami cuma inginkan hidup tenang dan tak ingin akhirkan perkara dengan perkara buruk. Namun, perkara ini dah bertahun. Kami dah pernah labur banyak perniagaan tapi ini yang paling susah. Bila nak suruh bayar banyak betul alasan dan putar belit cerita macam kami ni tak tahu undang-undang.
"Ini dah melampau. Buat masa sekarang, rasa hormat tu dah hilang. Sekali kepercayaan tu hilang, you dah tak boleh beli kepercayaan walau macam mana lavish you ingin dilihat di luar," ujarnya.