Skip to main content

Selebriti

Intan Najuwa Dedah Kerenah Mengidam Luar Biasa Sepanjang Hamil - "Memang Gila Setiap Jam Saya..."

WhatsApp Image 2026 04 25 at 1.21.49 PM (1)

Sekilas

  • Intan Najuwa berkongsi pengalaman mengidam pelik sepanjang kehamilan, termasuk tertarik dengan bau lemon sabun pencuci pinggan dan sering menghidu bau kasut.
  • Pelakon Kekasih Paksa Rela itu juga ketagih mengunyah ais untuk rasa rangup dan sejuk, namun pemeriksaan menunjukkan dia sihat tanpa anemia.
  • Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf pada Ogos 2023 dan kini mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Intan Najuwa berkongsi pengalaman unik sepanjang kehamilannya apabila mengalami pelbagai kerenah mengidam yang luar biasa.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan berkata dia tertarik dengan bau lemon daripada sabun pencuci pinggan sehingga timbul rasa ingin mencuba minum cecair tersebut.

Advertisement

“Mengidam nak makan pencuci pinggan perisa lemon sebab tertarik dengan bau lemon yang segar sangat sampai rasa nak minum. Tapi masih selamat belum pernah minum. Teringin, jadi ambil bau saja,”tulisnya.

Bukan itu sahaja, pelakon Kekasih Paksa Rela itu turut mengakui sering menghidu bau kasut, malah banyak menghabiskan masa di bilik kasut.

“Setiap jam kena cari bau kotak kasut baru atau kulit kasut. Memang gila setiap jam saya duduk dalam bilik kasut,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama, Intan turut berkongsi bahawa dia turut ketagih mengunyah ais kerana mahukan sesuatu yang rangup dan sejuk.

“Kunyah ais 24 jam sebab selalu nak gigih benda rangup dan sejuk.

“Semuanya selamat, saya buat pemeriksaan, tiada anemia atau tiada kekurangan zat besi.

“Saya hanya teringin benda rangup dan sejuk setiap masa,”ujarnya.

Sekadar rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023.

Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember 2024.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement