Skip to main content

Selebriti

Iqram Dinzly Akui Trauma Lihat Realiti Rumah Tangga, Dakwa Ramai Lelaki Terlalu Takut & Ikut Arahan Isteri - "Anda Seorang Khalifah, Sedarlah Tanggungjawab Itu"

WhatsApp Image 2026 03 28 at 3.19.51 AM

Sekilas

  • Iqram Dinzly mengakui dia ada rasa takut dan trauma untuk berkahwin selepas melihat pengalaman kurang baik orang terdekat dalam rumah tangga.
  • Dia berpendapat lelaki yang terlalu mengikut dan melapor segala hal kepada isteri bukan ciri lelaki sejati dan menolak konsep suami tunduk sepenuhnya pada isteri.
  • Walaupun ada keinginan untuk berkahwin, Iqram mahu hubungan yang saling bekerjasama tanpa kawalan, dan mengingatkan suami supaya sedar tanggungjawab sebagai khalifah.

Pelakon Iqram Dinzly mengakui bahawa dia ada sedikit kerisauan dan ketakutan dalam mendirikan sesebuah rumah tangga.

Menurutnya, perkara tersebut berlaku selepas dia sering melihat orang terdekatnya melalui pengalaman yang kurang menyenangkan ketika berumah tangga sehingga meninggalkan kesan yang mendalam buatnya.

"Ada juga terfikir takut nak berkahwin kerana saya sering melihat realiti di sebalik sesebuah rumah tangga.

"Saya sering melihat pengalaman kehidupan kawan-kawan, saudara-mara dan adik-beradik sendiri, saya menyedari bahawa di sebalik kemanisan dan kebahagiaan yang dipaparkan, ada juga keburukan yang tersembunyi.

"Ada pasangan yang romantik sebelum tidur, tetapi apabila berlaku pergaduhan, segala kemesraan itu hilang, dan berakhir dengan perceraian.

"Perkara sebegini membuatkan saya berasa trauma dan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan," katanya menerusi sebuah temu bual podcast bersama pendakwah bebas, Iddin Ramli

Iqram turut menyifatkan lelaki yang sentiasa memaklumkan keadaan pada isteri dan terlalu mengikut telunjuk pasangan adalah bukan ciri-ciri lelaki sejati.

"Orang selalu kata berkahwin boleh memberi kebahagiaan dalam hidup. Tapi bila saya perhatikan, ada perkara seperti suami perlu lapor segala hal kepada isteri, bagi saya itu bukan ciri lelaki yang sebenar.

"Saya rasa, kebanyakannya lelaki nampak lebih lemah berbanding wanita. Suami lebih takut dan terlalu mengikut isteri. Ini membuatkan saya keliru.

"Jadi saya fikir semula, bila berkahwin, adakah suami perlu tunduk pada isteri? Saya tidak suka perkara itu. Bagi saya, tiada istilah ‘mengawal’, tapi kalau saling bekerjasama, ya betul,"ujarnya.

Bagaimanapun, Iqram berkata bahawa dia ada keinginan untuk mempunyai seorang isteri, namun tidak mahu segala perbuatan dan perlakuannya diawasi isteri.

"Saya ada reserve ruang untuk menerima peranan seorang isteri, tetapi dalam masa sama saya tidak mahu isteri yang mengawal suami.

"Pesanan saya kepada semua suami, anda adalah seorang khalifah, sedarlah akan tanggungjawab itu,"nasihatnya.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must-Watch Video

Advertisement