Skip to main content

Selebriti

Isteri Kongsi Keadaan Terkini Along Eyzendy, Ada Sebab Perlu Ditidurkan - “Tindakan Itu Diambil Bagi…”

Hamidah

Sekilas

  • Along Eyzendy kini ditidurkan di ICU Hospital Serdang untuk menjalani beberapa prosedur rawatan bagi mengurangkan tekanan dan kesakitan akibat batu karang dan jangkitan pada stent salur hempedu.
  • Keadaan Along semakin lemah dengan bacaan platelet dan hemoglobin yang merosot, menyebabkan doktor mencadangkan tindakan tersebut untuk memastikan tubuhnya tidak tegang semasa rawatan.
  • Isterinya, Hamidah, berkata mereka perlu kuat menghadapi ujian ini dan bersyukur dengan sokongan jiran yang membantu dari segi makanan, kewangan, dan penjagaan anak-anak.

Isteri kepada pelakon, Along Eyzendy iaitu Hamidah Mohd Yatim berkongsi keadaan terkini suaminya selepas aktor tersebut dilaporkan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang.

Ketika ditemui Gempak, Hamidah memaklumkan suaminya perlu ditidurkan sementara waktu bagi menjalani beberapa prosedur rawatan bagi mengurangkan tekanan serta kesakitan yang dialaminya.

"Sehingga kini, Along masih ditidurkan dan bergantung kepada bantuan mesin. Tindakan itu diambil bagi memastikan tubuhnya tidak berada dalam keadaan tegang ketika beberapa prosedur besar dijalankan. Selain itu, doktor juga akan memasukkan kamera melalui bahagian bawah badannya untuk pemeriksaan lanjut,"katanya kepada Gempak.

Hamidah berkata demikian selepas ditemui di Hospital Serdang pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hamidah turut menjelaskan bahawa perkara itu terjadi berpunca daripada batu karang di hempedu serta jangkitan pada stent salur hempedu yang menyebabkan pengumpulan nanah.

"Walaupun keadaan sempat stabil selepas nanah dibuang, bacaan platelet dan hemoglobin kembali merosot. Dia kemudian menggigil, demam, nadi lemah dan degupan jantung laju hingga memerlukan oksigen. Pemeriksaan mendapati darah berasid dan keadaannya semakin lemah, lalu doktor mencadangkan agar dia ditidurkan bagi mengurangkan tekanan dan kesakitan," jelasnya.

Hamidah juga akui dia harus kuat melalui ujian ini kerana ini bukanlah kali pertama perkara ini terjadi kepada mereka.

"Saya perlu terus kuat demi anak-anak, apatah lagi ini bukan kali pertama kami berdepan ujian besar seperti ini.

"Along mempunyai sejarah penyakit kronik, jadi apabila Along jatuh sakit, anak-anak sudah terbiasa berdikari. Saya juga sangat bersyukur kerana mempunyai jiran yang banyak membantu, sama ada menyediakan makanan, menghulurkan bantuan kewangan dan membantu menghantar mereka ke mana-mana," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement