Skip to main content

Belasungkawa

Isteri Mendiang Loga Alleycats Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Isteri Mendiang Loga Alleycats Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Sekilas

  • Datin Susan Lovie, isteri mendiang penyanyi Alleycats, Datuk Loganathan Arumugam, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) di Hospital Kuala Lumpur.
  • Anak perempuan mereka, Dasha Logan, mengesahkan pemergian ibunya dan berkongsi bahawa Susan sudah lama berjuang dengan penyakit tersebut selama lebih 15 tahun.
  • Upacara penghormatan terakhir diadakan di Church of the Good Shepherd, Setapak, diikuti dengan misa pengebumian dan kremasi di Krematorium Cheras.
Advertisement

 

Isteri penyanyi kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam, iaitu Datin Susan Lovie, meninggal dunia pada usia 69 tahun, kelmarin.

Advertisement

Berita pemergian Susan disahkan anak perempuannya yang juga penyanyi dan penulis lagu, Dasha Logan, menerusi kenyataan, awal pagi semalam.

Dasha, 38, berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 8.47 pagi kelmarin.

"Ibu sudah 10 hari dirawat di hospital selepas dikejarkan dengan ambulans kira-kira jam 1.30 pagi pada 2 Oktober lalu apabila keadaan kesihatannya merosot.

Advertisement

"Syukurlah, ibu menunjukkan perkembangan positif selama beberapa hari dan banyak berbual dengan abang sulung saya, Vigneshwaran dan saya," katanya.

Dasha berkata, ibunya sudah lebih 15 tahun menderita penyakit berkenaan, malah, mereka hampir kehilangannya akibat penyakit itu kira-kira 11 tahun lalu.

"Ibu berjuang bersungguh-sungguh, bertahan dan berjaya mengharunginya. Walaupun kehilangan penglihatan dan keupayaan untuk berjalan, beliau sentiasa ceria," katanya.

Dasha menyifatkan ibunya sebagai peminat dan pengkritik terbesarnya yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan terhadap perjalanan seni anak-anaknya.

"Ibu sangat meminati hasil kerja anak-anaknya dan sentiasa menyokong kerjaya kami," katanya.

Dasha kehilangan bapanya akibat kanser pada 2007 ketika mendiang Loganathan berusia 53 tahun.

"Perkara yang sedikit sebanyak mengubat kesedihan kami ketika ini ialah ibu dan ayah akhirnya bersatu kembali. Ibu merindui ayah setiap hari sejak pemergiannya," katanya.

Upacara penghormatan terakhir buat Susan diadakan di Church of the Good Shepherd, Setapak, manakala upacara misa pengebumian dijadual berlangsung jam 10 pagi ini.

Selepas upacara itu, jenazah mendiang akan dibawa ke Krematorium Cheras untuk dibakar.

Loganathan bersama abangnya, Datuk David Arumugam, ialah pengasas dan vokalis utama kumpulan The Alleycats yang ditubuhkan pada 1969.

Kumpulan pop dan rock berbilang kaum yang cukup ikonik di Malaysia terkenal dengan deretan lagu malar segar, antaranya Hingga Akhir Nanti, Andai Aku Pergi Dulu, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Seribu Bintang dan Nota Terakhir.

Kemunculan terakhir mendiang Susan adalah pada awal tahun lalu ketika pelancaran EP Dasha berjudul Legasi, yang menampilkan versi baharu beberapa lagu popular Alleycats.

Majlis pelancaran itu berlangsung di VOX KL, KLCC, Jalan Tun Razak, dan turut dihadiri David yang merakamkan beberapa lagu secara duet bersama Dasha untuk EP berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Must Watch Video

Advertisement