Skip to main content

Selebriti

Isu Jarak Anak Dipertikai, Tyra Kamaruzzaman Tampil Bersuara - "Saya Tahu Kemampuan Diri..."

tyra kamaruzzaman sound

Sekilas

  • Tyra Kamaruzzaman menjawab kritikan mengenai jarak kehamilan antara anak pertama dan kedua dengan menegaskan dia mampu menguruskan kedua-dua tanggungjawab tersebut.
  • Tyra menegaskan bahawa anak sulungnya, Tyara, sangat disayangi dan hubungan mereka semakin rapat kerana dia banyak meluangkan masa di rumah.
  • Tyra menasihatkan orang ramai supaya tidak mempersoalkan pilihan peribadi orang lain dan yakin perkembangan Tyara berada dalam keadaan baik.

Pempengaruh dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman menjawab persoalan seorang individu yang mempertikaikan jarak kehamilan antara anak pertama dan anak kedua yang sedang dihamilnya.

Individu tersebut berpendapat bahawa anak sulung Tyra iaitu Tyara memerlukan lebih banyak perhatian darinya terutama dari segi perkembangan diri.

Tyra bagaimanapun membalas dakwaan itu menerusi InstaStory miliknya dengan menegaskan dia mampu menguruskan kedua-dua tanggungjawab tersebut.

Menurut Tyra, dia tidak pernah mengabaikan anak pertamanya malah anak itu sangat disayangi oleh semua ahli keluarga di rumah.

Katanya, hubungan mereka juga semakin akrab memandangkan dia banyak meluangkan masa di rumah.

"Sebab boleh. Saya tidak akan mengabaikan anak saya hanya sebab saya sedang mengandung anak kedua. Malah, hubungan kami lebih rapat sebab dia lebih manja dengan saya.

"Saya juga mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersamanya memandangkan saya banyak duduk di rumah. Saya tahu bezakan masa bekerja dan masa bersama. Dia juga sangat disayangi bukan sahaja dengan saya, tetapi dengan semua orang di rumah," tulisnya.

Dalam masa sama, Tyra berkata bahawa individu tersebut tidak sepatutnya mempersolkan pilihan peribadi orang lain kerana dia mengetahui kemampuan dirinya.

"Saya rasa awak tak patut persoalkan apa pilihan peribadi orang lain. Saya tahu kemampuan saya dan percayalah Tyara lebih dari disayangi. Perkembangan dia juga sangat baik untuk umurnya. Jangan risau pasal anak saya," ujarnya.

Untuk info, Tyra mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen terkenal, Emran Rijal pada 3 Mei 2024.

Tyra selamat melahirkan cahaya mata sulungnya yang bernama Tyara pada tanggal 19 Januari 2025.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement