Skip to main content

Viral

Jambatan Roboh, Penduduk Nak Beraya Jatuh Laut

Astro Gempak jambatan roboh

Sekilas

  • Sebuah jambatan di Kampung Selamat, Lok Urai, Pulau Gaya roboh ketika sambutan Aidilfitri, menyebabkan beberapa penduduk terjatuh ke dalam laut.
  • Tiada kecederaan dilaporkan walaupun mangsa ketika itu lengkap berpakaian raya.
  • Pihak berkuasa menggesa kerajaan mengambil tindakan segera untuk memastikan keselamatan infrastruktur awam terutama jambatan usang.

Kegembiraan menyambut Aidilfitri bertukar cemas apabila sebuah jambatan di Kampung Selamat, Lok Urai, Pulau Gaya roboh, menyebabkan beberapa penduduk terjatuh ke dalam laut dalam kejadian pada Sabtu.

Insiden tersebut berlaku ketika umat Islam sedang meraikan 1 Syawal, dengan mangsa terdiri daripada penduduk yang ketika itu lengkap berpakaian raya.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Menurut kenyataan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut ketika orang ramai sedang menyambut perayaan.

"Ketika rakan-rakan kita sedang bergembira meraikan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa, sebuah jambatan di Kampung Selamat, Lok Urai, Pulau Gaya dilaporkan roboh sehingga mengakibatkan beberapa penduduk terjatuh ke dalam laut.

"Amat memilukan apabila kejadian ini menimpa mereka yang sedang berbaju baharu dan bersiap menyambut hari kemenangan, namun terpaksa berdepan dengan dugaan yang tidak dijangka," menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian tersebut, pihak berkenaan menggesa agar kerajaan memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan infrastruktur awam, khususnya jambatan yang telah usang.

"Keadaan ini bukan sahaja mengancam keselamatan, malah boleh mengakibatkan kecederaan kepada orang ramai.

"Kami berharap tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang pada masa hadapan," katanya.

Kejadian tersebut sekali lagi menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk mengenai tahap keselamatan kemudahan awam di kawasan perkampungan atas air, terutama ketika musim perayaan yang menyaksikan pergerakan penduduk lebih aktif daripada biasa.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement