Skip to main content

Berita

Janda Tiga Anak Kahwini Dua Lelaki Serentak

Kahwin

Sekilas

  • Seorang wanita di Thailand, Duangduan Ketsaro, berkahwin dengan dua lelaki Austria dalam satu majlis perkahwinan di Buriram.
  • Ketiga-tiga mereka menjalinkan hubungan selama beberapa tahun dan kini hidup bermadu bersama-sama.
  • Kedua-dua lelaki memberikan hantaran bernilai satu juta baht dan keluarga wanita itu menyokong perkahwinan tersebut.
Advertisement

Seorang wanita di Thailand mengahwini dua lelaki serentak dalam satu majlis perkahwinan pada hujung minggu lalu.

Menurut laporan Khaosod English, Duangduan Ketsaro, 37, berkahwin dengan dua teman rapatnya itu di Buriram selepas trio tersebut menjalinkan hubungan selama beberapa tahun.

Kedua-dua lelaki warga Austria yang dikenali sebagai Roman dan Macky itu kini ‘hidup bermadu’.

Advertisement

Ibu tunggal kepada tiga anak itu bersetuju untuk mengikat tali cinta dengan kedua-dua lelaki berkenaan setelah dia mula bercinta dengan Macky kira-kira setahun lalu.

Keluarga Duangduan juga tidak menghalang perkahwinan tersebut kerana kedua-dua lelaki itu disifatkan bertanggungjawab dan melayan anak-anaknya dengan baik.

Roman dan Macky masing-masing turut memberikan hantaran berjumlah satu juta baht (RM125,243) kepada isteri mereka itu.

Sumber: Sinar Harian

 

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement