Skip to main content

Selebriti

“Jangan Pijak Penyanyi Rap Lama…” - Kid Santhe

“Jangan Pijak Penyanyi Rap Lama…” - Kid Santhe

Sekilas

  • Kid Santhe berkongsi pandangan tentang kontroversi rapper muda Lucidrari yang didakwa biadap terhadap rapper senior, menyifatkan tindakan itu mungkin kerana rasa kurang mendapat sokongan.
  • Kid Santhe menggesa orang ramai tidak memboikot Lucidrari dan memberi peluang kedua kerana dia antara bakat hip hop muda yang penting di Malaysia.
  • Kid Santhe juga mengumumkan pelancaran single terbaharunya bersama Rxf Rhaled berjudul 'Aku Level Lain' yang akan keluar pada 31 Julai 2026 di semua platform digital.
Advertisement

Penyanyi rap, Kid Santhe tampil berkongsi pandangannya berkaitan isu rapper muda, Lucidrari yang didakwa bersikap biadap dengan penyanyi rap senior.

Kid Santhe atau Parssanth Navaratnam berkata kemungkinan tindakannya itu didorong oleh perasaan kurang senang terhadap sesuatu perkara.

Advertisement

“Mungkin dia merasakan dirinya tidak mendapat sokongan seperti yang diharapkan daripada orang-orang yang dia anggap idola.

“Mungkin dia tidak dapat menyampaikan produknya yang betulk kepada media. Kalau kita tengok di dalam genre hiphop, kita sentiasa memilih anti-establishement.

“Sebenarnya banyak cara kita boleh salurkan emosi kita antaranya di dalam Hip-Hop itu sendiri. Hip hop merupakan saluran yang mudah untuk bersuara segala perasaan dan pelbagai topik,”katanya kepada Gempak.

Advertisement

Kid Santhe berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui semasa sidang media Aku Level Lain, Kid Santhe X Raf Rhaled di Laya Skylounge pada Selasa.

Kid bagaimanapun mengakui dirinya sedikit sedih dengan situasi tersebut memandangkan Lucidrari merupakan antara rapper yang berbakat di Malaysia.

"Saya rasa sedih sedikit sebab saya suka lagu dia. Tapi, adakah saya rasa benda itu betul? Tidak. Adakah saya rasa dia patut dipulaukan? Tidak juga sebab untuk generasi seterusnya siapa lagi yang akan membawa muzik hip hop di Malaysia jika bukan dia.

"Memang ramai orang berbakat di Malaysia dan antaranya adalah dia. Jangan boikot sebab saya memang suka lagu-lagu dia," ujarnya.

Meskipun Lucidrari telah memilih pendekatan yang salah, namun Kid turut berharap agar orang ramai terus memberikan sokongan dan peluang kedua terhadap penyanyi rap muda tersebut.

“Dia boleh dikatakan BBNU tetapi dia sudah ada nama yang kukuh. Saya harap semua orang boleh maafkan dia.

“Dia punya perangai itu dia memang bawa perangai Hip Hop tapi cara dia sampaikan itu salah. Itu jawapan saya.

“Ada banyak cara untuk menegur. Jangan pijak penyanyi rap lama dan tolong bagi ruang untuk generasi akan datang. Semudah itu,” katanya lagi.


Dalam perkembangan lain, Kid turut melancarkan single terbaharunya bersama Rxf Rhaled berjudul Aku Level Lain, sebuah karya yang diolah semula dengan identiti Malaysia menerusi bahasa budaya dan warna muzik tempatan.

‘Aku Level Lain’ akan dilancarkan di semua platform penstriman digital beserta MV rasminya pada 31 Julai 2026.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement