Ringkasan AI
- Pereka fesyen Hatta Dolmat berkongsi pengalaman menghadapi rakan yang sering merungut dan rasa dirinya lebih baik.
- Hatta akui dia penat melayan kerenah rakan yang selalu menguji kesabarannya.
- Rakan tersebut hanya percaya pendapat sendiri dan sering mengeluh tentang segala perkara.
- Perbualan terakhir mereka menunjukkan rakan itu mengaku sedang sakit, tetapi Hatta beri amaran supaya tidak menyusahkan orang lain.
- Hubungan mereka akhirnya terputus selepas perbualan tersebut.
Pereka fesyen, Hatta Dolmat berkongsi pengalaman peribadi berdepan rakan yang sering merungut dan merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain.
Menerusi perkongsian di Threads, Hatta atau nama lengkapnya Muhammad Hatta Dolmat akui bahawa dia penat melayan kerenah rakan yang sering menguji kesabarannya.
"Sumpah saya ada seorang yang dah ditakdir tuhan dengan sendirinya terpisah. Dia akan merungut tentang segalanya. Dia rasa pendapat dia je yang betul. Sampai satu masa, saya dah tak mampu nak dengar apa-apa lagi sebab saya sendiri ada bahagian-bahagian yang dipendam," tulisnya.
Dalam masa sama, Hatta turut mendedahkan perbualan terakhir bersama rakannya itu sebelum hubungan mereka terputus.
"Saya masih ingat, kali terakhir perbualan kami, dia terus hilang. Saya cakap kat dia kalau dia teruskan begini, dia yang akan sakit namun dia membalas bahawa dia memang dah sakit. Kemudian, saya membalas semula dengan 'Jangan sampai orang sekeliling you pula yang sakit'," tulisnya," jelasnya.