Skip to main content

Antarabangsa

Jenazah Dikebumikan 41 Tahun Masih Sempurna

Jenazah yang dikebumikan sejak 1985 itu digali semula untuk dipindahkan ke Desa Batulayang dari Desa Cililin, baru-baru ini.

Sekilas

  • Satu klip video tular menunjukkan penduduk Bandung Barat memindahkan jenazah yang telah dikebumikan selama 41 tahun menggunakan motosikal.
  • Jenazah itu dipindahkan dari Desa Cililin ke Desa Batulayang untuk dikebumikan bersama ahli keluarga yang baru meninggal dunia.
  • Penghulu setempat berkata jasad jenazah masih dalam keadaan sempurna walaupun sudah lebih 40 tahun dikebumikan.
Advertisement

Satu klip video tular di Bandung Barat, wilayah Jawa Barat memaparkan penduduk tempatan membawa jenazah yang telah dikebumikan selama 41 tahun ke sebuah tanah perkuburan baharu dengan menaiki motosikal, lapor laman berita Detik. 

Jenazah yang dikebumikan sejak 1985 itu digali semula untuk dipindahkan ke Desa Batulayang dari Desa Cililin, baru-baru ini. 

Advertisement

Penghulu Batulayang, Imam Mujahidin berkata, jenazah itu akan dikebumikan bersama ahli keluarga lain yang baru meninggal dunia. 

“Anak-anak mendiang menetap di Desa Batulayang. Oleh itu, mereka sekeluarga memutuskan untuk memindahkan jenazah ke tanah perkuburan berhampiran supaya memudahkan urusan ziarah. 

“Selepas kubur digali semula, semua orang terkejut kerana jasadnya masih sempurna walaupun sudah lebih 40 tahun dikebumikan,” kata Imam. 

Pemindahan itu dilakukan dengan motosikal kerana jarak yang dekat.

Sumber: Kosmo

Must Watch Video

Advertisement