Skip to main content

Berita

Jerebu: Kerajaan Indonesia Disaman Dakwaan Kecuaian Melampau Tangani Kebakaran Hutan

Jerebu: Kerajaan Indonesia Disaman Dakwaan Kecuaian Melampau Tangani Kebakaran Hutan

Sekilas

  • Kerajaan Indonesia dituduh cuai dalam menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu teruk di Asia Tenggara dan peningkatan penyakit pernafasan.
  • Saman berkumpulan difailkan oleh masyarakat sivil dan orang asal Borneo menamakan 10 defendan termasuk Presiden Prabowo Subianto, menuntut pemulihan dan kos rawatan kesihatan.
  • Perbicaraan di Pontianak ditangguhkan kerana wakil kerajaan gagal hadir, walaupun keadaan jerebu mungkin menyukarkan perjalanan mereka.
Advertisement

Kerajaan Indonesia dituduh telah melakukan 'kecuaian melampau' dalam satu saman berkumpulan berhubung dakwaan kegagalan menangani kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu di Asia Tenggara, penutupan sekolah dan peningkatan penyakit pernafasan.

Saman yang difailkan oleh kumpulan masyarakat sivil dan orang asal di Borneo itu menamakan 10 defendan, termasuk Presiden, Prabowo Subianto.

Advertisement

Plaintif menuntut langkah pemulihan menyeluruh, termasuk tanggungan kos rawatan kesihatan penduduk.

Pada hari pertama perbicaraan di Pontianak, Indonesia yang seharusnya berlangsung pada Rabu (7 Oktober), kesemua wakil kerajaan gagal hadir menyebabkan kes ditangguhkan ke 21 Oktober.

"Kami berasa sedih dan kesal dengan ketidakhadiran mereka... Namun, di sisi lain, kami juga memahami mungkin keadaan jerebu ini menyebabkan mereka tidak dapat mendarat di Pontianak (kerana jarak keterlihatan terhad)," ujar peguam plaintif, Glorio Sanen.

Advertisement

Tambah Sanen, kes ini disifatkan sebagai satu langkah menangani masalah kebakaran hutan tahunan yang sering dilakukan secara sengaja bagi membersihkan tanah untuk tujuan penanaman kelapa sawit.

Indonesia dituduh gagal menghentikan amalan 'tebang dan bakar' walaupun telah berjanji untuk bertindak tegas pada tahun-tahun sebelumnya.

Krisis tahun ini bertambah buruk akibat cuaca kering susulan fenomena El Niño yang melampau, sehingga mengakibatkan sekolah di Johor, Malaysia terpaksa ditutup.

Yakobus Kumis, plaintif yang mewakili etnik Dayak, meluahkan kekecewaan terhadap ketidakhadiran wakil kerajaan.

“Seolah-olah kerajaan hendak mengajar rakyat bahawa melanggar undang-undang adalah sesuatu yang dibenarkan,” luah Yakobus.

Sumber: AWANI

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement