Skip to main content

Berita

Jon Si ‘Anggota Tidak Rasmi’ Trafik, Setia Bertugas & Temani Polis di Jalan Parlimen - "Dia Memang Ada Setiap Pagi, Kadang Datang Lebih Awal..."

WhatsApp Image 2026 04 12 at 12.47.42 PM (1)

Sekilas

  • Jon, seekor anjing jalanan berwarna keperangan, sering dilihat menemani anggota polis trafik di Jalan Parlimen setiap pagi sejak dua tahun lalu.
  • Jon kelihatan seperti turut bertugas dengan memeriksa kenderaan dan mengikuti anggota polis ke lokasi lain tanpa ragu-ragu.
  • Anggota polis di situ berkongsi bahawa Jon sudah berada di kawasan itu sejak awal 2024 dan mereka sering membawa makanan untuknya ketika bertugas.
Advertisement


Sejak dua tahun kebelakangan ini, seekor anjing jalanan bernama Jon sering mencuri perhatian apabila dilihat menjalankan tugas bersama anggota polis trafik yang mengawal aliran kenderaan di Jalan Parlimen pada waktu pagi hari bekerja.

Anjing muda berwarna keperangan itu dilihat setia menemani anggota polis di persimpangan menuju Taman Tugu dan Bukit Aman seolah-olah turut bertugas bersama mereka.

Advertisement

Dikenali sebagai Jon, asal-usul namanya masih tidak diketahui. Namun, kelibatnya yang sudah cukup untuk menjadikannya sebagai 'rakan tugas' secara tidak rasmi di lokasi tersebut.

Antara jam 7 pagi hingga 8.45 pagi, The Star turun padang untuk melihat sendiri rutin tersebut selepas ia tular di media sosial. 

Hasil peninjauan mendapati bahawa ia bukanlah hanya sekadar satu ikatan sederhana tetapi cukup menyentuh hati selepas melihat Jon sentiasa berada dekat dengan anggota bertugas.

Advertisement

Ketika kawalan trafik dijalankan, Jon akan berkeliaran di sekitar kenderaan seolah-olah sedang membuat pemeriksaan, sebelum ia kemudian kembali ke tepi jalan apabila keadaan kembali lancar. 

Ada kalanya Jon akan menyalak, namun segera kembali selepas diarahkan dengan isyarat tangan ringkas.

Menariknya, setiap kali anggota bergerak ke lokasi lain, Jon akan mengikut rapat mereka tanpa rasa ragu.

Menurut salah seorang anggota polis di situ, dia berkongsi bahawa Jon akan tiba di lokasi kejadian pada awal pagi dan akan kembali semula pada esoknya.

“Dia memang ada setiap pagi hari bekerja, dan selalunya sudah sampai lebih awal daripada kami.

"Walaupun tular baru-baru ini, Jon sebenarnya sudah berada di kawasan itu sejak 2024. Kami sudah melihatnya membesar di sini. Setiap kali tamat tugas sekitar jam 9 pagi, dia akan pergi, tapi akan kembali semula keesokan harinya.

"Anggota yang bertugas juga akan cuba membawa sedikit makanan, sekiranya anjing itu datang ‘bertugas', kata salah seorang anggota itu.

 

Sumber: The Star

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement