Skip to main content

Selebriti

"Kalau Artis Baharu Buat Tak Ada Masalah, Tapi Kalau Artis Lama..." - Ifa Raziah

ifa raziah

Baru sahaja melancarkan lagu terbaharu, Gedik Raya, penyanyi Ifa Raziah membuka mulut selepas karyanya itu mencetuskan pelbagai reaksi warganet.

Ifa, atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, berkata lagu ini menandakan permulaan kembali kerjayanya selepas lima tahun berehat, malah lebih banyak lagu bakal menyusul.

Lagu Gedik Raya ini menjadi permulaan untuk saya kembali aktif berkarya selepas hampir lima tahun berehat. Jadi tahun ini saya memang merancang untuk mengeluarkan lagu secara berturut-turut, bukan sahaja lagu Raya, tetapi juga lagu solo dan duet.

“Lagu ini juga saya sendiri yang beri tajuk kepada Amy UK’s. Saya cadangkan tajuk Gedik Raya kerana saya sendiri ‘tergedik-gedik’ nak buat lagu Raya. Saya percayakan Amy untuk menghasilkan lagu yang boleh menarik perhatian ramai,"katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai kecaman yang diterima, Ifa berkata kritikan tersebut terhasil bukanlah kerana lagu atau muzik videonya, sebaliknya ramai yang kurang senang melihatnya membawa lagu gaya Gen Z pada usianya.

“Saya juga nak tengok sejauh mana lagu ini boleh pergi dan bagaimana respon peminat. Sudah tentu akan ada yang mengecam. Bukan sebab mereka tak suka lagu atau muzik video itu, tetapi kerana mereka tidak suka saya secara peribadi. Ada yang kata perempuan seusia saya tak sesuai bawa lagu gaya Gen Z. Tetapi bagi saya, kita perlu ikut peredaran zaman. Takkanlah nak buat lagu seperti zaman 90-an sahaja.

“Mula-mula orang rasa pelik sebab nama Ifa Raziah yang bawa lagu ini. Kalau diberi kepada artis baharu, mungkin tak ada masalah. Mereka boleh buat apa sahaja gaya tarian, melompat atau beraksi pun orang terima. Tetapi sebab saya artis generasi lama, apa sahaja yang saya buat nampak salah kerana mereka anggap saya sudah berusia,"ujarnya.

Selain itu, Ifa turut menegaskan muzik videonya tidak menggunakan sebarang kecerdasan buatan (AI), sebaliknya hanyalah konsep Imej Janaan Komputer (CGI) yang digunakan untuk menggambarkan konsep beraya di kayangan.

“Ada juga yang kecam sebab kata saya guna AI. Sebenarnya muzik video itu menggunakan teknik CGI dengan green screen, bukan AI. Konsep Gedik Raya ini beraya di kayangan, bukan di bumi. Sebab itu visualnya penuh elemen fantasi. Untuk menggambarkan konsep itu, kita gunakan teknologi terkini.

“Ada juga yang kata saya tak ada bajet sebab guna CGI. Hakikatnya kosnya agak besar dan mencecah lima angka, ia ditanggung sepenuhnya oleh Sony Music. Kostum yang dipakai juga bukan biasa-biasa kerana konsepnya beraya di kayangan.

“Saya memang mahu buat sesuatu yang berbeza. Kebanyakan lagu Raya memaparkan suasana kampung yang sudah terlalu biasa. Jadi saya cuba keluar daripada konsep itu. Bagi saya, kalau orang nak kecam atau mengata, terpulang. Yang penting lagu itu viral dan sampai kepada pendengar bagi memeriahkan lagi industri muzik tempatan," jelasnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Must-Watch Video

Advertisement