Pelakon Kamal Adli menarik perhatian netizen selepas meninggalkan komen pada kenyataan seorang individu di Threads.
Individu tersebut meminta orang ramai membezakan penggunaan singkatan “KA”, di mana KA usahawan (Khairul Aming) rajin memasak, manakala KA (Kamal Adli) rajin ke mahkamah.
Kamal menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak rajin pun ke mahkamah dan lebih suka tidak tahu lokasi mahkamah. Menurutnya, pengalaman ke mahkamah bukan sesuatu yang menyeronokkan.
"Saya tak rajin awak. Kalau boleh tak nak tahu kat mana mahkamah. Memang tak seronok," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mentipkan semangat buat Kamal agar tidak bersedih lagi.
"Semoga baik-baik sahaja.
"Jangan sedih-sedih bro. Semoga yang baik sahaja. Kami sokong awak.
"Semoga kuat Kamal," komen netizen.
Pada Khamis lalu, mahkamah menyarankan untuk Kamal melepaskan isterinya iaitu Uqasha Senrose dan proses perceraian mereka diteruskan dengan Hakam.
Uqasha ketika ditemui media ketika itu turut mendakwa dirinya pernah dipukul dan didera ketika dalam perkahwinan.
Namun Kamal menafikan dakwaan tersebut selain memberi amaran kepada Uqasha dan individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘coach cerai’.
Sumber: Threads