Skip to main content

Berita

Kalau Nampak Bear, Daddy, Chub Dalam Contact Suami… Hati-Hati!

BEAR

Satu perkongsian yang tular baru-baru ini membuka mata kaum wanita mengenai fenomena lelaki berpenampilan normal serta sudah berkeluarga, tetapi dalam diam terlibat dengan aktiviti homoseksual atau biseksual.

Menurut perkongsian yang dimuat naik pengguna Facebook, Azie, golongan tersebut dikatakan bergerak dengan penuh berhati-hati selain sering tampil dengan imej ‘sempurna’ di mata masyarakat.

Katanya, dalam komuniti songsang, mereka menggunakan istilah khas untuk merujuk sesama sendiri.

“Antaranya ialah Bear merujuk kepada lelaki berbadan besar atau sasa, berbulu dada, sering dikaitkan dengan lelaki berstatus suami. Twink iaitu lelaki muda, kurus, berwajah lembut.

Advertisement

“Selain itu gelaran Otter merujuk lelaki kurus tetapi berbulu, Daddy gelaran bagi lelaki lebih berusia, dominan, dianggap ‘figure’ kepada pasangan muda, manakala Chub ialah lelaki berbadan montel atau berisi,” katanya.

Pengguna itu turut mendedahkan golongan ‘gay’ sering menggunakan kod seperti abang, adik, baby atau husband-wife dalam mesej peribadi bagi menutup identiti sebenar hubungan mereka.

“Antara pola tingkah laku yang boleh menjadi petunjuk tersembunyi ialah hubungan mesra berlebihan dengan lelaki tertentu berbanding isteri. Isteri berasa kosong walaupun suami ada secara fizikal, lingkaran sosial yang pelik iaitu lebih ramai kawan lelaki bergaya manja atau suka mempamerkan tubuh.

“Keadaan itu juga boleh dilihat menerusi bahasa tubuh mereka yang berubah, termasuk pandangan mata yang lembut kepada lelaki lain serta naluri isteri yang kerap merasakan ada sesuatu yang tidak kena,” jelasnya.

Tambahnya, fenomena ini bukan sahaja menjejaskan emosi dan rumah tangga, malah berisiko tinggi terhadap kesihatan terutama penularan HIV serta penyakit kelamin dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan sesama lelaki.

“Bayangkan seorang isteri hamil mendapat jangkitan daripada perbuatan yang dia tidak lakukan. Anak dalam kandungan turut berisiko,” katanya. 

Sumber: KOSMO! ONLINE

Must-Watch Video

Advertisement