Skip to main content

Viral

"Kami Duduk Jauh Dari Tangga Sebab..." - Iylia Balqis Syukur Selamat Dari Perlakuan 'Tidak Senonoh' Israel

IYLIA KONGSI TAKUT DIPERLAKUKAN TIDAK SENONOH

Aktivis kemanusiaan, Iylia Balqis berkongsi antara perkara yang menjadi kerisauan buat para pejuang Wanita Global Sumud Flotilla (GSF) ketika misi bantuan Gaza itu adalah diperlakukan dengan tidak senonoh oleh tentera zionis Israel.

Namun, Iylia menzahirkan rasa syukur apabila perkara yang ditakuti itu tidak berlaku dan kesemua sukarelawan wanita berada dalam keadaan selamat sepanjang tempoh pelayaran.

Advertisement

"Ada yang tanya bagaimana kalau kami dikacau dalam kapal, kami disusun dalam kapal, perempuan jauh dari tangga sebab kami takut jika ditarik lalu diheret turun ke tangga dan dimasukkan dalam bilik serta diapa-apakan. Alhamdulillah, Allah melindungi kami dan kami tidak diapa-apakan sepanjang tempoh itu," katanya.

Bagi Iylia, apa yang mereka hadapi tidak seberapa jika dibandingkan dengan penderitaan wanita Palestin yang menjadi mangsa kekejaman dan penghinaan Israel.

"Tergamak la saya untuk merungut jika nak dibandingkan dengan saudara di Palestin yang ditahan, dipenjara, diperlakukan dengan perlakuan tidak wajar. Malah tidak diberikan tuala wanita," ujarnya.

Iylia turut berkata kekuatan mereka hadir daripada doa dan sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa mengiringi perjuangan misi tersebut.

"Pelayaran kami adalah pelayaran kita semua tetapi saya nak tekankan kehadiran kami di sini tidak akan berlaku tanpa doa dan sokongan kalian, asbab doa kalian pelayaran kami dipermudahkan.

"Ada beberapa ujian yang kami hadapi seperti kerosakan tandas, kapal berlubang, layar patah. Namun kami tetap kuat kerana kami kaitkan bagaimana perjuangan saudara di Palestin yang lebih diuji dari kami," jelasnya

Sebelum ini Iylia antara 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bagi memecahkan sekatan dibuat Israel terhadap Palestin.

Bagaimanapun, ketika pelayaran ke Gaza, kapal mereka mereka dipintas Tentera Israel dan ditahan selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turkiye.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement