Skip to main content
Advertisement

Selebriti

"Kamu Perlu Nilai Sendiri Ia Adalah Trik Kamera Atau Perkara Sebenar" - Idan Aedan

"Kamu Perlu Nilai Sendiri Ia Adalah Trik Kamera Atau Perkara Sebenar" - Idan Aedan

Sekilas

  • Idan Aedan mengulas babak dicium pipi oleh Dian Sastrowardoyo dalam filem 'The Fox King' dan menyerahkan penilaian kepada penonton sama ada ia trik kamera atau sebenar.
  • Idan sedia menerima kecaman terhadap babak tersebut dan menegaskan ia adalah sebahagian daripada dunia perfileman yang mempunyai pelbagai cara untuk menghasilkan kesan.
  • Filem 'The Fox King' yang turut dibintangi oleh Hadi Putra, Chew Kin Wah, Amerul Affendi dan Dian Sastrowardoyo akan ditayangkan pada 17 September ini.
Advertisement

Pelakon, Idan Aedan tampil mengulas mengenai babak dirinya dicium pada bahagian pipinya oleh pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo menerusi filem terbaharu yang dibintanginya berjudul 'The Fox King'.

Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 22 berkata dia akan menyerahkan segala tanggapan sama ada babak tersebut adalah semula jadi atau hanya trik kamera pada penilaian penonton.

Advertisement

Menurutnya, babak seperti itu sering dimainkan dalam dunia perfileman, namun ia sebenarnya mempunyai cara tersendiri untuk membuatkannya kelihatan meyakinkan.

"Kalau macam ini kita bagi open ending. Kamu perlu nilai sendiri ia adalah trik kamera atau perkara yang sebenar. 

"Jadi, seperti biasa dalam perfileman, kita ada babak-babak seperti ini. Kamu yang menentukan sama ada ia benar atau tidak,"katanya kepada Gempak.

Advertisement

Idan berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan tayangan istimewa filem The Fox King di TGV KLCC pada Rabu.

Dalam masa sama, Idan turut berkata dia telah bersedia dengan segala kecaman yang bakal dilemparkan terhadapnya, malah akui tidak akan tersinggung dengan perkara tersebut.

"Saya tidak akan terasa hati jika ada yang kecam saya. Ia filem. Macam saya cakap, banyak cara untuk dibuat,"ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Idan turut membintangi filem The Fox King yang bakal ditayangkan pada 17 September Ini.

Selain Idan, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Hadi Putra, Chew Kin Wah, Amerul Affendi dan pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Must Watch Video

Advertisement