Skip to main content

Berita

KE Selebriti 2026: Jalaluddin Hassan Kongsi Sisi Lain Tok Ram, Akui Cemburu Dengan Kebolehan Dalam Muzik - “Dia Seorang Yang Sangat…”

KE Selebriti 2026: Jalaluddin Hassan Kongsi Sisi Lain Tok Ram, Akui Cemburu Dengan Kebolehan Dalam Muzik - “Dia Seorang Yang Sangat…”

Sekilas

  • Datuk Jalaluddin Hassan berkongsi bahawa Datuk Ramli MS adalah seorang maestro muzik yang sangat peka dan profesional dalam kerja serta mempunyai kebolehan muzik yang luar biasa.
  • Jalaluddin mengakui pernah belajar teknik nyanyian dan pernafasan daripada Tok Ram ketika menyertai program Projek Bapa-Bapa.
  • Tok Ramli MS juga dikenali sebagai seorang yang sangat mementingkan keluarga dan sentiasa memastikan layanan adil kepada orang sekelilingnya.
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti (KE Selebriti) 2026, Datuk Jalaluddin Hassan berkongsi sisi lain maestro muzik, Datuk Ramli MS yang jarang diketahui ramai.

Menurut Jalaluddin, Tok Ram merupakan seorang yang sangat peka terhadap orang di sekeliling selain amat profesional dalam urusan kerja.

Advertisement

Malah, Jalaluddin mengakui dia cemburu dengan kebolehan Tok Ram dalam bidang muzik dan berharap dapat belajar muzik dengan lebih awal.

“Dia seorang yang sensitif dan sangat profesional. Bercakap pasal muzik, dia sangat sharp. Saya rasa ini anugerah Allah. Kadang saya cemburu dengan Tok Ram. Kalaulah saya pandai main muzik dan belajar muzik dari awal,” katanya kepada Gempak.

Jalaluddin turut berkata kehebatan Tok Ram dalam membuat susunan muzik sememangnya sudah diakui ramai penggiat seni termasuk komposer Datuk Fauzi Marzuki.

Advertisement

“Kelebihan dia dah diakui oleh Datuk Fauzi Marzuki. Saya tak boleh buat arrangement sebaik dia. Malah datuk M. Nasir pun tidak sebaik Tok Ram,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata dia pernah mengambil peluang untuk belajar teknik nyanyian daripada Tok Ram ketika menyertai program Projek Bapa-Bapa.

“Bila ada program masak-masak, saya ambil peluang untuk belajar dengan dia dari segi teknik pernafasan. Dia banyak ilmu. Saya belajar sedikit sahaja. Semua boleh menyanyi tetapi tak semua tahu cara yang sebenar dalam menyanyi,” katanya lagi.

Mengulas mengenai peribadi Tok Ram, Jalaluddin berkata suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu sebenarnya seorang yang sangat mementingkan keluarga, malah sentiasa memastikan orang di sekelilingnya mendapat layanan yang adil.

“He’s a family man. Dia sangat sayang anak dan isteri dia. Bukan diri dia sahaja tetapi keluarga dia pun. Kalau siapa yang tahu sejarah hidup dia, dia dulu orang susah. Bila jumpa keluarga dia, siap peluk.

“Dia seorang abang yang ambil berat terhadap adik-adik. Masak-masak ini kepakaran dia. Berkawan dengan dia ini, tak kenal maka tak cinta. Dia akan pastikan semua dapat hak masing-masing. Tiada lebih, tiada kurang,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement