Sekilas
- Datuk A Tamimi Siregar kekal di tangga teratas Kilauan Emas Selebriti dengan markah tertinggi 73.98% menerusi lagu Jangan Ditanya.
- Maria Tunku Sabri, Rashdan Baba dan Mubarak Majid berada di tiga terbawah, namun tiada penyingkiran minggu kedua diumumkan.
- Program Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima dan boleh distrim melalui On Demand, Astro GO dan Sooka.
Bintang Kilauan Emas Selebriti (KES2026), Datuk A Tamimi Siregar sekali lagi berjaya menambat hati barisan juri menerusi persembahannya.
Dengan menyanyikan lagu Jangan Ditanya nyanyian asal Ismail Marzuki, Tamimi berjaya memperoleh markah tertinggi daripada barisan juri sebanyak 73.98 peratus.
Sementara itu, Maria Tunku Sabri, Rashdan Baba dan Mubarak Majid pula masing-masing berada di tangga tiga terbawah.
Namun, Maria menarik nafas lega apabila diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu kedua.
Mari kita recap komen untuk semua bintang Kilauan Emas Selebriti minggu pertama:
1. Rashdan Baba ( Anak Kampung )
Yusry: saya suka intro tema kemerdekaan. Cuma, selepas ini saya harap semangat itu lebih dimasukkan dalam lagu. Setiap lagu ada kesesuaiannya. Ada lagu sesuai untuk radio dan ada yang sesuai untuk pertandingan. Tetapi lagu ini memang menarik. Kalau boleh minggu depan, saya ingin lihat colours. Secara keseluruhan, persembahan yang menyeronokkan dan pembukaan yang bagus.
Ramli MS: Saya tak mahu komen bab nyanyian. Saya faham kamu pelakon bukanlah penyanyi profesional. Namun, kamu sepatutnya menggunakan forte kamu dalam persembahan. Berlakonlah dalam nyanyian. Saya percaya sebagai pelakon, kamu ada pengalaman itu dan gunakanlah atas pentas.
Jihan: Abang okay. Persembahan lagu rancak. Satu step menarik untuk ditonton. Ada perbezaan dari sebelum ini. Saya rasa abang okay sahaja.
2. Rahim Omar ( Zaman )
Jihan: Saya dapat rasa nyanyian itu. Perasaan dia sampai. View dan set up pun cantik. Nyanyian merdu. Saya terhibur. Saya sampaikan berbuai-terbuai dengan nyanyian abang.
Ramli MS: Gementar ke? Kamu perlu kawal rasa gementar. Kawal rasa gemuruh di atas pentas. Nyanyian kamu dah okay tetapi kalau tidak gementar, pasti akan lagi sedap.
Yusry: lenggok awak dah kena. Cuma ada bahagian yang awak tak lenggok di tempat yang sepatutnya.
3. Zila Bakarin ( Terlerai Kasih )
Ramli MS: Stylo. Gaya tu ada. Bunyi macam suara surat cerai. Bunyi huru hara tetapi saya tak pandang itu sebab kamu bukan penyanyi profesional.
4. Khaty Azian (Jikalau Abang Merindu)
Jihan Muse: Saya suka nyanyian akak tetapi lagu ini dia catchy. Kalau lebih cheeky mungkin akan lagi best. Yang lain semua okay. Bawa masuk sahaja karakter akak tu. Secara keseluruhan, saya suka. Akak sangat berani.
Ramli MS: kalau tak cukup balancing, minta tolong orang adjust ear plug supaya kamu selesa. Kamu yang menyanyi. Kalau tak cukup. Minta sahaja. Kalau muzik tak cukup, minta sahaja. Cakap sahaja dekat pengarah muzik.
Yusry: Saya ingin tambah sikit point Jihan. Maksud Jihan tadi akak kena gedik lagi dari segi nyanyian bukan gaya. Manjakan nyanyian itu.
5. Mubarak Majid ( Malaysia Baru )
Yusry: Sama dengan Rashdan Baba. Intro awak terpisah dengan nyanyian. Awak boleh tukar atau ubah sebenarnya. Persembahan intro lain, nyanyian lain. Kahwinkan feel dia.
Ramli MS: Bila ada part yang susah, kena cakap dengan muzic director boleh tak , nak masuk. Minta cue yang lebih senang . Kena bincang dengan muzic director.
6. Amyza Aznan ( Bulan Ditutup Awan )
Jihan: Sama seperti minggu lalu, akak tahu macam mana nak bergerak kat atas pentas. Saya okay tapi saya tahu kak Amyza boleh buat lebih lagi. Tambahkan pengalaman lakonan tu mesti lagi best.
Ramli MS: Saya perasan kamu macam terlalu berhati-hati. Be confident. Kamu ada present tone suara yang bagus. Bila buat rehearsal, yakin dan jangan takut dengan kamera. Kamu kena concentrate apa yang kamu buat. Kamu kena tolong diri kamu sebab tiada siapa yang boleh tolong kamu.
7. Datuk A.Tamimi Siregar ( Jangan Ditanya )
Ramli MS: Kuku tajam lagi. Lama saya tak dengar nyanyian macam ini. Memang rasa feel dia berbeza. Orang lama menyanyi memang very compact. Saya prefer kamu turunkan sikit key. Ia akan lebih impact dan dark. Tok tinggi intellectual sebab kelebihan pengarah dan pelakon. Next one is your call.
Yusry: Abang memang tak nampak gemuruh. Intro tu memang terasa.
Jihan: Saya nampak apa yang best. Dialah pengarah dan dia yang direct. Datuk yang kasi cue. Datuk tau apa yang datuk nak. Kita yang kawal persembahan. Saya seronok tengok.
8. Maria Tunku Sabri ( Hatiku Kau Guris Luka )
Ramli MS: apa yang awak dengar Jihan nyanyi, macam itulah awak nyanyi.
9. Fazlina Ahmad Daud ( Kejoraku Bersatu )
Yusry: Lagu itu sangat macho untuk perempuan. Nak hadamkan itu sedikit sukar. Kamu boleh buat lebih baik. Ada line penting yang kamu tak concentrate. Secara keseluruhan, persembahan bagus. Kurangkan gemuruh.
Ramli MS: Lagu ini terlalu peak untuk kamu. Cakap dengan music director, note apa yang okay dengan kamu. Key tinggi. Be natural. Sound dia tak sedap. Key rendah cuba minimalize supaya suara kamu kedengaran. Lagu ini range besar, dia masculine. Jadi, hati-hatilah.
Jihan: Saya tahu lagu susah tapi cubaan yang baik. Lagu ini sangat besar, saya rasa ia macam kurang sampai. Selepas ini, mesti lagi dah tahu mana yang perlu diperbetulkan.
10. Datuk Jalaludin Hassan ( Menimbang Rasa )
Ramli MS: Hati batu eh walaupun lintang pungkang tempo itu. Saya sentiasa sokong kamu sebagai kawan.
Berikut merupakan kedudukan bintang-bintang KE Selebrit:

Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman. Kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.
Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.
Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.