Skip to main content

Selebriti

Kehilangan Besar Industri Kreatif, PMX Beri Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Jalil Hamid - "Seniman Banyak Menyumbang Kepada..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Jalil Hamid yang memberi kesan mendalam kepada industri seni tanah air.
  • Allahyarham Jalil Hamid dikenang sebagai seniman serba boleh yang banyak menyumbang sebagai pelakon, penyanyi, dan pelawak sepanjang hayatnya.
  • Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar, dengan berita pemergiannya dikongsikan oleh anaknya di Instagram.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menitipkan ucapan takziah atas pemergian permata seni negara, Allahyarham Jalil Hamid.

Menerusi perkongsian di Threads, Anwar berkata pemergian arwah memberi kesan mendalam, khususnya kepada industri seni tanah air, selain menghargai segala sumbangan yang telah diberikannya sepanjang hayatnya.

“Berdukacita atas pemergian Abdul Jalil Abdul Hamid, seorang seniman yang banyak menyumbang kepada dunia seni tanah air.

“Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat industri kreatif negara. Jasa dan legasinya akan terus dikenang.

“Salam takziah buat seluruh keluarga besar Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini,” titipnya.

Terdahulu, Allahyarham Jalil Hamid dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi.

Berita itu dikongsikan oleh anaknya, Afiqah Jalil menerusi Instagram.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham disegani kerana bakat serba boleh sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement